♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Saturday, February 23, 2013

"Rahsia Gadis mengekalkan keayuan"

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dgn tidak memakai bahan2 luaran tetapi menjaga emosi, fizikan dan mental.
 

Gunakan masa utk perkara yg berfaedah & tentukan wawasan secara objektif, jgn banyak angan-angan.
Tidur awal
 

Menjaga suara, latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tdk sengau atau terlalu kuat

Menjaga cara berkata2.
Biasakan menggunakan perkataan yg melambangkan keluhuran budi seperti ' tolong' serta 'minta maaf'.
Jgn gunakan perkataan yg terlalu emosi seperti 'bosan' sakit hati' ' menyampah' benci' dsbgnya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam
Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa di jaga, Makanan yg berupa ulam2 yg wangi serta sayuran & buah-buahan segar patut dimakan.
Gunakan sabun yang tdk merosakkan kulit.
Menjaga muka, tangan perlu sentiasa bersih dan lembut,
Jgn gunakan bedak yg bukan2, Selalu menggunakan bedak sejuk utk menjaga kulit muka, Jgn banyak berangan.
Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis, bersihkan rambut tp jgn terlalu kerap. bila bersikat, ulangi sikatan keseluruh bahagian kepala (kalau buleh 100 kali) utk menjadikan rambut subur dan berkilat. ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
menjaga cara berjalan. Latin cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu hayun. Langkah jgn terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju, badan jgn terlalu membongkok atau tegak. Leher jgn terteleng (senget sebelah) maka elok ditundukkan sedikit.
Menjaga gerak geri. Bila duduk diatas lantai duduklah dgn cara bersimpuh. Kalau duduk diatas kerusi eloklah sila panggung. Jgn mengangkang. Tangan jgn terlalu digerakkan bila bercakap. cara bergerak biarlah lemah lembut.
Menjaga senyum. Latihlah senyum jgn tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tp utk tujuan baik.
Menjaga mata. Mata jangan terlalu liar memandang hanya kepada apa yg sedang anda hadapi. Jgn terlalu kerap mengerdip mata. usah terlalu kerap mengerling walaupun kepada buah hati anda.
Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
Menjaga sikap. Taat beragama, jgn berbohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati org lain"

Nota: Best untuk mereka yang selalu "control" ayu

Perkongsian Ilmu ..ehehe

"Manusia mempunyai dua jenis memori iaitu memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Memori jangka masa pendek mengandungi peristiwa-peristiwa yang baru berlaku dan akan hilang dengan cepat daripada ingatan. Manakala, memori jangka masa panjang pula ialah ingatan secara am terhadap apa-apa yang telah berlaku sebelum ini. Malah, ada juga memori tersebut imbauan daripada kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang ketika kanak-kanak

Memori Bergambar

Terdapat juga memori bergambar (memori eidetic) yang hanya dipergleh0oleh indivitu tertentu. Mereka 8ang memeliki ke`ebihan memori bergambar ini mampu merakam semula setiap detik yang dialami mahupun tulisan-tulisan yang dilihat secara sepintas lalu. Tidak ramai manusia yang memiliki kelebihan seperti ini. Segelintir kanak-kanak ialah mereka yang memiliki kelebihan memori bergambar ini.

Proses mengingat ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu memperoleh/merakam peristiwa, menyimpan dan meluahkan atau mengingat kembali. Apa-apa sahaja memori yang dirakam perlulah disaring terlebih dahulu dan dijadikan kod-kod tertentu agar memudahkan individu untuk mengingat kembali.

Menyimpan Memori

Kelebihan menyimpan memori berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Setiap peristiwa yang dirakamkan perlulah disimpan dengan baik agar memudahkan kita untuk mencarinya semula apabila diperlukan. Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita akan masuk ke dalam ruang ingatan jangka masa pendek terlebih dahulu. Secara saintifik, ruang memori jangka masa pendek terhad.

Manusia hanya mampu mengingat enam peristiwa yang tidak berkaitan sahaja dalam satu-satu masa. Biarpun kita mampu mengingat lebih daripada tujuh digit nombor sekali gus, kita sesekali akan mengalami kesukaran jika digit tersebut lebih daripada apa yang mampu kita ingati.

Memori Jangka Masa Panjang

Setiap peristiwa yang disimpan dalam ruang jangka masa pendek tidak berada di sini selama-lamanya kecuali jika kita sentiasa menjalankan aktiviti mengingat secara latih tubi. Peristiwa terakhir yang berlaku ke atas seseorang manusia ialah memori paling mudah untuk diingati.

Kadang-kadang peristiwa yang berlaku terus masuk ke ruang ingatan memori jangka masa panjang yang sifatnya lebih luas dan efektif. Namun, tiada siapa tahu bagaimana setiap mekanisme ruang memori bekerja dan bagaimana memori itu sendiri disimpan di dalam fikiran kita.

Sesetengah pakar berpendapat bahawa setiap peristiwa disimpan mengikut perubahan yang berlaku ke atas anggota badan manusia. Justeru, manusia memerlukan ruang memori paling canggih untuk menyimpan setiap informasi yang diperoleh. Manusia juga perlu sentiasa mengekalkan ruang ingatan yang efektif agar pencarian setiap peristiwa besar dan kecil dapat diluahkan semula apabila dikehendaki.

Satu perkara penting yang harus 揹iingat?ialah kaedah mengingat ini memerlukan teknik-teknik tertentu. Kita tidak perlu mengingat segala peristiwa secara terperinci, memadailah dengan mengaitkan peristiwa yang baru berlaku dengan peristiwa yang hampir sama dengannya yang telah lama kita simpan. Cara ini lebih mudah dan kita tidak perlu menyimpan banyak informasi yang bertindih.

Apakah Memori?

Memori dikategorikan sebagai satu mekanisme otak untuk bergerak dan berfungsi. Memori ialah jalinan setiap elemen yang terdapat di dalam otak manusia. Memori dikatakan mampu menstimulasikan otak agar bertindak waras atau sebaliknya dengan system limbik (limbic) dalam otak manusia (serebelum)

Amnesia (Kehilangan Memori)

Amnesia terjadi kerana beberapa perkara. Antaranya termasuk kerosakan yang berlaku ke atas otak manusia yang menyebabkan otak retak, strok, dan sebagainya. Umur yang lanjut juga salah satu faktor menyebabkan amnesia. Selain itu, kekuatan otak untuk mengingat juga sangat bergantung kepada tahap kapasiti ruang ingatan menampung semua memori. Faktor psikologi seperti emosi keterlaluan juga menyebabkan amnesia.

Masalah Harian

Bukan semua individu yang tidak dapat merakam peristiwa ke dalam jangka masa panjang dikategorikan amnesia. Cuma, mereka mungkin mengalami masalah untuk mengingat kembali peristiwa yang telah mereka simpan. Lazimnya, manusia mempunyai banyak cara selain mengingat kembali peristiwa dari jangka masa panjang itu. Antaranya termasuk hipnosis yang telah lama digunakan dalam dunia psikiatri.

Kaedah menyebut juga efektif untuk mengingatkan kembali apa-apa yang telah disimpan. Sesetengah orang ingat perkataan pertama atau peristiwa pertama yang dialaminya tetapi lupa sebahagiannya. Maka, cara penyebutan ini amat mujarab bagi mereka yang suka kaedah ini.

Bagi mereka yang mengalami penyakit Alzheimer tentu menghadapi kesukaran kerana individu yang menghidap penyakit ini langsung tidak mampu mengingat pada jangka masa pendek mahupun panjang. Mereka perlu sentiasa mengingat dengan siapa mereka bercakap, di mana dan kenapa mereka berjumpa. Kesukaran mengingat bukanlah suatu perkara yang serius, namun ia perlu diambil berat kerana ia mungkin menyusahkan apabila kita langsung tidak boleh mengingat orang yang telah memasuki rumah kita!

Mengingat Secara Berkesan

Walaupun tiada suatu teknik yang mampu memberi kekuatan kepada ingatan manusia namun satu cara mudah untuk mengingat adalah dengan cara mnemonics. Ia adalah cara mengingat menggunakan irama, rentak, dan melodi tertentu. Suatu lagi cara berkesan adalah dengan meletakkan setiap objek yang hendak diingat di setiap ruang rumah, anda hanya perlu pergi ke setiap ruang dan mengingat kembali objek tersebut. Jika anda mampu menyuntik sedikit kata-kata lucu di dalamnya lebih baik. Kita perlu menggunakan semua ruang ingatan kita dengan baik..

Tangani histeria dan kerasukan

Assalamualaikum,tidak dinafikan lagi bahawa histeria sering berlaku di sekeliling kita. Kita nak tolong tapi xtau macam mana. So,ini sy akan kongsikan macam mana nak rawat Histeria.. Enjoy.. hehe

"Berikut adalah teknik ringkas untuk menangani histeria. Namun diingatkan pengamalnya haruslah mempunyai semangat yang kuat dan berjiwa bersih. "

Cara-Caranya:-

1. Ambil wudhu' terlebih dahulu.

2. Cari pesakit yang mula-mula diserang histeria jika berlaku ramai.

3. Tepuk pesakit dengan belakang tangan untuk menghilangkan badi atau rasukan pada diri kita.

4. Pegang kepala bahagian ubun-ubun pesakit dan bacakan-

Bismillahhirahmanirrahim
-"WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAHHIL A'LIUL AZIM" 3X

-ISTIRGFAR 3X

-SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W 3X.

5. Baca Ayat Kursi dengan tenang dan yakin.

6. Kemudian baca "Bismillahirrahmanirrahim" dan sebut " Dengan Nama Allah yang Maha Agung Lagi Perkasa aku meru'qyah mu wahai ( sebut nama pesakit dengan bin atau bintinya)

7. Bacakan surah Al-Fatihah

8. Bacakan surah Muawidzat iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Semuanya sebanyak sekali.

9. Bacakan ayat " Ya Lathif Ulthuf Bina " sebanyak sepuluh kali dan hembuskan pada pesakit.

Insyallah akan hilang gangguan kerasukan sayitan itu. Harus dingat kita hanya berusaha, dan yang menyembuhkannya Allah s.w.t jua.

* Ayat-ayat yang di pertujukkan tadi, haruslah di hafal supaya menjadi amalan untuk perubatan dan benteng pertahanan di dalam diri kita, kerana syaitan itu bersifat pembalas dendam. Berwaspada dengan melakukan apa yang di suruh dan menjauhi apa yang di larang oleh Allah s.w.t. Perlu dingatkan, pesakit akan meronta-ronta dan memaki hamun kita, jgn risau kerana itu semua tipu daya syaitan. Teruskan berdoa dengan tenang tanpa malayan sebarang tuntutan syaitan. Sesungguhnya tipu daya syaitan adalah lemah!. Jikalau pesakit tidak berjaya di pulihkan, ulangi bacaan dan cuba minta pertolongan dari yang lebih a'rif dalam bidang ini.

"Tidak akan terlepas ummat Muhammad dari syaitan, kecuali dengan sifat ikhlas"

wallahualam..♥

♥♥Muhasabah Diri♥♥

✿~ Kadangkala kita terlalu imaginastik mahu
mencari SEORANG LELAKI SOLEH untuk
dijadikan SUAMI supaya hidup kita bahagia di
dunia dan akhirat tetapi kita JARANG SEKALI
mengingatkan diri kita untuk BERUSAHA
mencari sekurang-kurangnya SEORANG
KAWAN yang SOLEHAH supaya kita juga
mendapat kebahagiaan yang sama..

✿~ Kadangkala kita selalu BERANGAN-ANGAN
mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat
berpimpin tangan menuju REDHA Allah
bersama-sama padahal kita tidak berusaha
MENDAMPINGKAN diri mencari SAHABAT
yang solehah yang boleh mengingatkan kita
WAKTU SOLAT, jom PUASA SUNAT, ataupun
mari BACA MA'THURAT..

p/s : Bukankah SAHABAT YANG BAIK juga
adalah PEMBUKA JALAN untuk kita menjadi
yang baik dan PERMULAAN CERITA untuk kita
MENDAPAT yang terbaik juga? Sahabat
solehah yang sentiasa MENEGUR diri saat
iman semakin berkurang..yang membantu
MENYEMBUHKAN IMAN yang sedang sakit,
yang bersama diri saat DUKA mahupun
tawa..yang saling MENCINTAI kerana
Allah..♥♥

✿~ Perempuan Jadi Role Model bukan Jadi model✿~

Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin
akan berisi?

Suami : Biasalah perkara macam tu,
Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin
semakin berisi. (Dari hadith yang
diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA,
diawal perkahwinan dengan Rasulullah
SAW mereka berlumba lari, Saidatina
Aisyah RA menang. Selepas beberapa
ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW
mengajak isterinya untuk berlumba lari dan
berjaya mengalahkan isterinya. Lalu
Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa
ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita
hamil atau bersalin dan menyusukan anak
sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana
Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat
(tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang
isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik
yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman
seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang
dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat
keindahan akhlaq seorang isteri, akan
melihat nur di wajah isterinya yang mana
akan mencantikkan wajah isteri dengan
sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak
menjanjikan akhlaq yang cantik namun
akhlaq yang indah insyaAllah akan
membiaskan nur di wajah isteri.

Suami Isteri Bahagia : Tak mengapa kalau
tidak layak untuk menjadi seorang model.
Berusahalah untuk menjadi seorang role-
model... :)

(Perhatian) BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA

Assalamualaikum.. sebut pasal gabung-gabung nama dengam suami,sy baru tahu hal nie  setelah sekian lama. Aduih.. lemahnya diri ini.
 Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan(mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. "

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?

Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya.

Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya(WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya.

Berbeza dengan budaya barat(kafir) Contoh: isteri Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham; isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asaknya Michelle LaVaughn Robinson, DLL..

Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barang siapa yang mengaku sebagai sanak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah”
(HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)

Jangan suka judge oRang ..

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila !
jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh
mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpalelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu
kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Kesimpulannya,
jangan terlalu mudah membuat andaian... Jaga minda, jaga kata-
kata dan jaga tindakan..JAGA HATI :)

Mengapa Malas Nak SoLAT ?

Pada suatu petang...
Lelaki : Saya sakit ustaz, macam mana nak solat..
Ustaz : Solat macam biasa, berdiri kalau mampu..

Lelaki : Kalau saya tak mampu berdiri ?
Ustaz : Duduk pun boleh..

Lelaki : Duduk pun saya tak boleh, ustaz..?
Ustaz : Baring pun tak apa..

Lelaki : Baring pun saya tak mampu dah.. ?
Ustaz : Guna isyarat je lah kalau macam tu..
Lelaki : Nak guna isyarat pun saya tak boleh dah. Macam mana, ustaz..

Ustaz : Tunggu orang lain solatkan..
Lelaki : Boleh ke macam tu ustaz? Biar betul..

Ustaz : Betul, kalau dah semua tu tak boleh buat, maknanya dah layaklah awak untuk dikuburkan..

Lelaki : Eh, tiba-tiba saya boleh solat berdiri ustaz !!

♫...Alkisah ciuman pagi…♫

               Assalamualaikum.. ehehe harap kamurang enjoy dengan cerita nie.. :)
COPYPASTE~~

 Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

cerita untuk renungan pagi.
Senyum. :)

♥♥ LELAKI BAIK ♥♥



Menjadi lelaki adalah amanah,
seperti menjadi menteri.
Lelaki baik punya ciri.
Baik agamanya bagai ajaran nabi.
Lurus hidupnya tegak lisan bagai gigi.
Akalnya cerdik mengenal batasan ilahi.

Menjadi lelaki adalah anugerah,
bagai menjadi wali.
Punya beban dakwah,
rezeki dicari sehari-hari.
Rumah bukan sarang tetapi tempat pulang.
Jalanan bukan kubang tetapi jadi laluan.

Menjadi lelaki adalah payah,
bagai menjadi petani.
Menyemai benih pada isteri.
Membaja anak dengan bakti.
Membajak jerih dengan harap
pohonan berbuah.
Anak isteri hiasan yang dipersoalkan
di kemudian hari.

Itulah kisah menjadi lelaki.
Lelaki yang baik,
baik pada isteri,
baik di hati,
baik di bumi,
lelaki dinanti.