♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Wednesday, December 19, 2012

Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin (oleh Ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idrus)


Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhanustaz

Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-1. Balqis2. Kistina/Qistina3. Najwa4. Zakuan5. Batrisha6. Erisha7. Mazda

       Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

       Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lamP/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.(UPDATE)

       Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawabMemang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

       Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallahua’lam

Sakit hati ini



Assalamualaikum,hari nie penuh dengan kepenatan dalam diri. biasalah sibuk menyiapkan diri untuk pertandingan nasyid 21 hb ini. 21-26hb pula perkhemahan LAKEP akan berlangsung.Kepenatan amat menyelubungi diri.

Tapi demi Allah,saya sanggup menggadaikan masa saya. Hari ini,hati begitu hiba sekali apabila melihat ramai junior-junior dari sekolah saya yang lupa akan dunia. Tidak terkecuali juga beberapa guru dalam sekolah saya. Air mata ini hampir mengalir akibat melihat gambar mereka di laman sosial facebook. Tidak dapat diakui lagi ramai remaja saat ini yang terlalu lalai dengan arus dunia yang menyebabkan mereka terbuai dengan kemudahan teknologi saat ini.

Saya memang sedih bila melihat adik junior saya yang lain sesat dengan dunia mereka sendiri. Bayangkan pelajar muslim begitu mudah menayang aurat dan memakai pakaian seksi hanya sebuah majlis PROM. Inilah perbuatan seorang ketua yang tidak bertanggungjawan. Bukan saya ingin katakan apa.Tapi ketua dalam kelab sekolah itu semuanya beragama kristian.Jadi mereka tidak mempunyai halangan untuk memakai pakaian yang menjolok mata.

Tapi apa yang tidak dapat percaya.Kebanyakkan ahli kelab yang pergi ke majlis Prom Night itu beragama ISLAM dan pakaian mereka semuanya tidak menutup aurat dan amat menjolok mata. Dengan pergaulan mereka yang tidak terbatas itu amat mengecewakan. Apa yang hendak jadi dengan remaja saat ini.

Bagaimanalah umat ISLAM nanti???
Ya ALLAH,
hati ini amat sedih,
maafkan hambaMu ini kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab untuk mendidik mereka .






Tuesday, December 18, 2012

Tanda tanda Kematian





TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN...

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Barang yang mengandungi Lemak Babi



132012_124937PM_logo-halal-malaysia-jakim

Untuk Renungan Bersama…

Assalamaualikum Tuan dan Puan

Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama

Babi Sudah Jelas Haramnya …..

Perhatian Kepada Semua Umat Islam

Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ‘Gold Cup’
6. Berus Gigi Jenis ‘Reach’
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady’s Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady’s Choice Jelly
Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya

1. Barangan Avon Keseluruhannya

2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut  Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberutahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas Terutama Pakaian Sembahyang.  Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm – Pringles Potato Chips – Tidak Halal !!

P/S : Pastikan barang yang anda beli mempunya halal JAKIM atau badan halal yang di iktiraf JAKIM. KLIK SINI

Sumber asal artikel dan latest Halal info boleh didapati darihttp://halalguide.org/Latest_Halal_Info.html

Saturday, December 15, 2012

Pengorbanan seorang ibu Dialah Hero Sebenar

Assalamualaikum....

hidup ini tidak akan bermakna,
hidup ini tidak akan wujud,
hidup ini tidak akan sempurna,
Tanpa pengorbana seorang ibu yang melahirkan kita.


Macam bosan pulak dengar bab-bab mak mengandung nie kan. tapi sebenarnya apa yang perlu kita tahu. sebanyak-banyak hero di dunia nie, ibu lah hero terbaik sekali tau. sebab tue lah syurga di bawah tapak kaki ibu. superman,boboiboy,ultramen suma tue bukan ada tolong ngandung pun,bukan ada tolong bersalin pun. Kalau ada swuh lah hero suma tue bersalin,nak ke tak nak diorang...

sedih dan hiba sangat nengok video derita seorang ibu melahirkan anak tadi. rasa menyesal juga pernah lawan mak dulu..

kalaulah saya jadi mak nanti,barulah saya akan rasa betapa deritanya seorang ibu melahirkan saya. mungkin kita semua tidak sedar. Thanks sangat kepada kameramen yang rakam ibu bersalin tue. kalau tak samapai sekarang saya tak tahu macam mana seorang ibu bersalin.

kakak saya seorang jururawat.sejak dia dapat kerja tue.saya nampak dia dah tak pernah lawan ibu. dia gitaw kat saya. "saya tidak mahu lawan mama lagi sebab saya nampak macam mana derita seorang ibu semamsa saya tolong mereka keluarkan anak dari rahim"..

 saya masih beruntung lagi sebab ibu saya masih ada. bapa pun masih ada. saya akan berjanji mulai hari ini saya tak akan pernah lagi lawan cakap diorang. urm korang semua kena ingat. Selama kita hidup pun kita tidak akan dapat ganti pengorbanan mereka terhadap kita.Merekalah segala-galanya. Tanpa mereka siapalah kita .Terutamanya ibu. Cuba fikir. kenapa  kalau kita lawan ibu,kita tidak akan pernah sekali pun hidu bau syurga.Memang lah kita dapat hidu kalau kita bertaubat dan minta maaf terhadap ibu kita.

oleh itu,
kita kena sentiasa doakan mereka,

doakan kesejahteraan mereka.
insyaAllah. Allah akan permudahkan hidup kita didunia dan akhirat.
sebelum saya undur diri. 
Saya harap korang tengoklah video derita seorang ibu ini.

Akhir kalam,
Jadilah insan yang sentiasa mentaati ibu bapa dan jadilah anak yang soleh.Semoga Allah mengabulkan doa kita.
Amin insyaAllah.

WASALAM~



 

Thursday, December 13, 2012

Macam mana tengok makhluk???

Assalamualaikum pembuka kata dari saya. hari nie kita cerita pasal sixsence. Tau tak pasal tue??? Alah bukan group nyanyi lh.. Pa yg saya tahu, sixsence tue atau pun "tompuon" dalam bahasa dusun di Sabah kata,seseorang yang diberi  keistimewaan untuk melihat makhluk yang bukanlah dari alam kita atau alam manusia. Seram juga cerita pasal nie, sudahlah satu orang jak di umah. ok tidak apa,saya suka cerita pasal nie,sebab keturunan kami pun ada macam nie juga. kakak keempat saya juga diberi keistimewaan oleh Allah . Secara langsung saya juga mempunyai sedikit keistimewaan yang sama dengannya.

Tapi untuk pengetahuan semua,jangan suka sangat benda nie kalau tidak ada dalam diri kita. Banyak yang saya tahu mengenai cerita ini. Ada yang mahu sangat dapat keistimewaan ini samapi pergi jumpa bomoh nak buka hijab lah. Tapi please, benda nie bukan main-main. Ok tidak apa,saya nak kongsi cerita tentang diri saya macam mana saya boleh sedar benda ini ada dalam diri saya.

Saya bukanlah seorang yang terlalu obses dengan benda nie,saya tidak akan tahu tanpa diberitahu .Saya ada senior,tidak tahu lah dia cakap betul atau tidak. Tapi dia pernah bagitau yang saya nie "tompuon" . Saya macam tak percaya sangatlah. Tapi sebelum saya tahu memang banyak perkara yang saya lihat dimana-mana terutamanya bila saya pergi camping di hutan.

Saya selalu juga join kem pasal dakwah agama nie. Hobi saya lah katakan. Tapi apa yang perlu kita tahu,bila kita kearah keagamaan,benda tidak baik akan sentiasa menghalang kita untuk melakukan atau join aktiviti kebaikan.

Banyak juga cerita saya nak kongsi tapi bukan ini masanya. Tajuk dekat atas pun dah jelas. Jadi mari kita tengok. Saya sebenarnya ambik nie dari blog kawan..Thanks for dia.. hehe

Ditulis oleh Walinong Sari dari forum cari.com.my. Di bawah ni adalah beberapa cara untuk awak melihat Jin, Hantu atau Syaitan walau dengan seimbas bayangan nya. Namun semuanya hanya dengan izin Allah s.w.t.



 Nasihat dari Walinong Sari:
-Jangan sesekali cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
-Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
-Jangan sesekali menggunakan air mata anjing untuk aktiviti ini kerana ia adalah haram.
-Jangan lakukan jika berseorangan.
-Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
-Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.    
-Jika anda lakukan & tidak alami seperti yang dikatakan itu, ia bermaksud segalanya hanya dengan izin Allah s.w.t
-Tidak digalakkan untuk mereka yang berumur bawah 16 tahun dan kurang faham atau kurang mahir dalam membaca.


TUTUP LAMPU DULU. 
SELAMAT MEMBACA TUTORIAL INI.
Cara Pertama:
-Berdiri dan menghadap kiblat..
-Rehatkan badan dan segala anggota - biarkan lemah..
-Selawat 3x
-Kosongkan minda dengan cara menumpukan pada bahagian tengah kening baca surah al-fatihah dengan berulang2 sehingga 7x..
-Pastikan akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..
-Semasa tgn terasa terangkat tu ada semacam seperti angin yg bertumpu pada tangan atau pergelangan..angin yg dingin. Turutkan saja arah tgn bergerak... dan buka mata utk melihat..


Cara kedua:
-Semasa mandi mayat. air mayat melimpah turun, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi...atau ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
-Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda...kemudian buka mata dan lihat apa yang muncul di tepi anda...!




Cara Ketiga:
-Mengusap kotoran dari kuburan (iaitu tanah dari kawasan perkuburan) dan sapu di sekitar mata anda.
-Bermain dam di tengah malam sambil memegang kucing hitam.
-Ambil benang berwarna merah dan ikat pada pokok pisang yang ada berhampiran rumah anda. 
-Hulurkan benang tersebut melalui tingkap menuju ke bilik anda, kemudian ikat pada hujung kaki katil. 
-Tidur dalam keadaan tersebut sehingga anda rasa ada sesuatu di sisi anda pada tengah malam.


Cara Paling Mudah : Special for u girls out there!
-Ketika anda dalam haid, amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
-Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air/bilik mandi.




Lain-lain:
- Ambil hati monyet yang masih segar secukupnya terus bakar hati tersebut menjadi arang, tumbuk sampai menjadi halus. 
- Setelah itu sapukan arang tadi tersebut ke kedua kelopak mata anda. Biasanya setelah itu anda akan secara live melihat hal yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
- Duduk seorrang diri di tempat yang di anggap berhantu tanpa memakai seurat benang.
- Gunakan payung. Buka payung anda dan berteduh dibawahnya. lakukan seorang diri dan dimalam hari
- Ambil seketul belacan dan bakar di tempat yang biasanya di anggap keras. Ini kerana jin marah dgn bau belacan.




P/S: Terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak tetapi bagi pengalaman saya yang pernah melakukannya, hasilnya cukup memeranjatkan, erti kata lain apa yang saya lihat cukup mengerikan...Nauzubillah... -Sekadar Pengalaman. Source : Walinong Sari



SEKARANG DAH BOLEH BUKAK LAMPU BALIK HEHE..

Nota Kaki Chempaka Sari :
Manusia di dalam dunia ini tidak diizinkan Allah untuk melihat makhluk jin, makhluk jin ini juga tidak diizinkan Allah menampakkan dirinya (bentuk semula jadinya) kepada manusia. Yang orang kata dia nampak itu, hanyalah penyerupaan atau penyamaran makhluk jin ini. Sebab Jin memang diizinkan Allah untuk menyerupai apa pun, melainkan untuk menyerupai menjadi Nabi Muhammad saw.


Jadi, kesimpulannya, apa yang dikatakan orang itu nampak, hanyalah tipu daya makhluk jin kepada manusia, yang sememangnya sentiasa melakukan tipu daya terhadap manusia. Kepada mana-mana daripada kalangan kita yang mendakwa dia boleh melihat makhluk jin, atau yang mengatakan cara begini begitu kita boleh melihat makhluk ini, eloklah kita tidak mempercayai mereka. 


Kerana Allah telah menetapkan kita tidak dapat melihat makhluk ini, apakah kita mahu mencabar ketetapan Allah? Ternyata kita termakan tipu daya makhluk ini jika kita terpercaya dgn mereka. Makhluk jin ini kejadiannya 9 : 1 dgn manusia. Kemudian Allah berikan umur yang panjang kepada makhluk ini. Dengan demikian, makhluk ini jadi terlalu banyak di muka bumi ini. Justeru itu inilah hikmahnya Allah tidak mengizinkan kita  melihat jin. 




*Manusia yang kita nampak pun boleh menipu, apatah lagi benda yang kita tak nampak ni.



Sunday, November 18, 2012

Sakit hati??Jangan..!!!!



Manusia????
Jangan pura-pura x tau lah,
Manusia nie dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian yang Allah berikan..

Tapi masih ada lagi manusia yang tidak tahu bersyukur,
Maksud saya macam nie,
Yalah Allah telah menciptakan manusia tue dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing..
Jadi kita mesti.. bukan mesti lagi.. tapi kita kena wajib mensyukuri apa yang Allah dah bagi kat kita.

Tapi memang kadang-kala kita mesti sedih kan sebab kadang-kadang kelemahan yang ada pada kita membuatkan diri kita jauh dari orang lain.

Yalah,mungkin kawan kita yang lagi satu tue diberi nikmat kecantikan yang lebih berbanding kita.
Yalah,muka kita besa-besa jak.

Jadi itu yang membuatkan kita sakit hati,kecewa etc kan...
Come on,
Kan gue udah bilang, kita punya kelebihan juga..

Heheheheh,,,
macam nie lah.. biar pun kita nie tak lah cantik sangat sekadar besa-2x jak..xpe.. mungikn kita ada kelebihan yang kawan kita takde..

Contohnya macam saya,
Rupa tue tak lah cantik sangat tapi saya bersyukur sangat-sangat tau.
Tapi saya ada kelebihan..
Kelebihan yang ada pada saya ialah kemahiran seni.
Hahahaha... promote dri sendiri plak..

Tapi begitulah sebenarnya..
Semua manusia diciptakan dengan kecantikan..
Cuma masing-masing yang judge kecantikan itu macam mana.

Tapi bagi saya,
Kecantikan rupa paras tue xde maknanya,
Kecantikan tetap akan puda suatu hari nanti..

Tapi kecantikan iman,,
Tetap ini yang dicari-cari orang sekarang..

Tapi lelaki sekarang nie,,susah plak mau cari yang jenis macam nie,,Perempuan pun susah juga..
Tapi begitulah..
Orang yang beriman ini,
Allah tidak ciptakan ramai sangat,,
Mungkin da hikmah.

Sebabtu lah orang yng beriman akan sentiasa dicari-cari oleh jejaka atau wanita-wanita diluar sana.

Maklumlah kalau nak kahwin takkan nak yang macam kat lorong-lorong kan.. hehe

Jadi sekian saja ceramah saya kali nie.. Hhehehe da masa lapang,Saya ceramah balik erk.. hehehehe

WASSALAM..

enjoy video nie..


Wanita??~



Assalamualaikum...
Sebagai seorang wanita,tanggunjawab untuk menjaga diri sendiri amat penting,
Kerana wanita itulah segala galanya,
Jika rosak sedikit Wanita itu,
Maka banyak perkara yang akan berlaku...

Wanita,
Satu makhluk ciptaan Allah yang unik,
Mampu menjatuhkan seorang Adam,

Tetapi,
Wanita yang baik adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya dan tidak akan menghancurkan hidup si Adam itu.

Cinta??
Akan aku ceritakan cinta seorang hawa ini.

Alia , seorang gadis periang,sukakan kelasakan,sukakan keunikan hidupnya,Walaupun dia seorang yang kasar,Hidupnya masih lagi dibekalkan dengan ajaran Agama yang Kukuh,Kebanyakan kawan-kawannya berpegang teguh pada Agama.
 Tetapi satu sahaja yang membuatkan Alia jatuh,Dia tidak dapat menahan nafsunya untuk bercinta. Alah,maklumlah remaja sekarang,tidak dapat lari dari masalah bercinta. Tapi Alia lain,walaupun dia tidak dapat menahan dirinya daripada jatuh cinta,Dia dapat menahan dirinya untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai itu. Alia sebenarnya berpegang teguh kepada kata-kata ini.. ''Memendam rasa cinta itu umpama mati Syahid" . Sudah pasti Alia mampu. Tetapi semakin hari demi Hari,Alia tidak mampu untuk menahan cinta itu,. Walaupun begitu..

     Alia masih tetap menahan cintanya itu.Semoga suatu hari nanti apabila ada jodoh, Harap mereka akan diperjodohkan dengan kekasih hatinya...


Ajal ku Hampir Tiba


Aku sedar,
mungkin kematianku sudah hampir tiba,
kesakitan yang ku alami semakin terasa,
Mungkin tidak lama lagi aku akan menghembuskan nafas terakhir ku.

Tetapi aku belum lagi dapat merealisasikan impian ku,
Kekasih,
Maafkan aku kerana aku tidak dapat bersama denganmu selamanya,
Tetapi aku mohon kepadamu akan mendoakan ku di Sana,
Maafkan aku kerana masih belum mampu untuk membuatmu tersenyum,
Maafkan aku kerana cinta antara kita ini tidak dapat kekal di Dunia ini,
Tapi ku mohon..
Ya Allah semoga Kau tempatkan kami di tempat Orang yang beriman..

Ibu,
Maafkan aku kerana tidak dapat berbakti kepada mu,
Maafkan aku kerana merahsiakan kesakitan yang aku alami ini,

Ayah,
Maafkan aku,
Hanya setakat ini aku dapat berbakti denganmu,
Jaga Ibu,Jaga kakak,Jaga adik..
Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi pelapismu untuk menjadi Guru..

Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi Cubaan yang kau berikan..
Ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan,
Ku merintih,
Ku menangis,
Aku meratap,
Aku meminta,
Agar dosa ku diampuni..





Saturday, September 29, 2012

HEI!!! JANGAN MARAH SAYA BILA SAYA KATA BEGINI



Assalamualaikum.. Bila Tuhan sudah menciptakan manusia sebaik baik kejadian... Mengapa perlu ada yang masih mengubah kejadiannya?? 

Mengapa wanita bertudung saat ini atau akhir zman ini,masih tidak dapat mengelakkan maksiat??

 Mengapa remaja lelaki sekarang sangat susah menjadi pemimpin??

Mengapa manusia perlu menjadi kaum lain untuk menjadi cantik atau dikagumi orang lain????


SEMUA PERTANYAAN SAYA INI HARUS DISELESAIKAN...

MENGAPA SAYA BERKATA BEGINI????

Sebenarnya,saya bukanlah seorang manusia yang suka memprotes. Saya cuma remaja yang berumur 18 tahun genap yang ingin mengetahui maksud sebenar kepura-puraan dunia ini.


Apa?????
Kata-kata saya tidak cukup Jelas?????

Please yang sedang baca blog saya saat ini ,mohon memberi komen selepas selesai membaca...

OK!!!!!!!!!!!!!!

SOALAM PERTAMA


Mengapa wanita bertudung saat ini atau akhir zman ini,masih tidak dapat mengelakkan maksiat??


JAWAPAN/PENDAPAT SAYA:

HAHAHAAHAHA... saya wanita... dan saya tahu, semua wanita.. a.K.a remaja tidak akan lari untuk kelihatan cantik.. tetapi kelihatan cantik juga haruslah memakai tudung. Alhamdulillah saat ini atau pun zaman ini atau masa kini,ramai remaja yang memakai tudung tetapi TIDAK MENUTUP AURAT,TETAP TIDAK DAPAT MENJAGA PERGAULAN.
Maaf jika saya ingin katakan begini. Perempuan seperti ini lebih mudah dikatakan sebagai BODOH!!! BADIGUL!!!
KENAPA??
Yalah, tidak guna kalian memakai tudung A.K.A SHAWL,TUDUNG BERANEKA FESYEN tetapi masih tidak menutup aurat,,
ERH!!!
Apa kata anda??
"Hello budak, yang penting pakai tudung lah,daripada tidak pakai tudung"

HELLO!!!
EXcuse me PEREMPUAN BERGAYA!!!!

Apa beza ko dengan perempuan luar sana yang tidak pakai tudung???
Please explain it to me!!!

PAKAI TUDUNG TIDAK SEMESTINYA MENUTUP AURAT

Jadi... bila ada yang tidak menutup aurat dengan sempurna, memang konpom lah buat maksiat..
APA???
"HELLO,maksiat apa nie,saya tiada pun bunting sampai skang"

DOSH!!!!
Bangang...
yang ko "betouch" dengan jantan tue apasal???
Siap upload gambar pakwe bepeluk lagi dekat blog..

Ko ngat ko cantik???
Banyak lagi yang lebih cantik dari ko,
cuma tidak mau upload gambar dekat laman sosial..
boyfriend dorang pun 100 kali ganda ensom dari boyfriend ko..

So,jangan bangga sangat..

SORIE,...
SAYA CAKAP SERIUS...

Perempuan skang pun pakai make up 7 inci,muka tidak lah lawa sikit..sikit tue ada lah "kampung-kampung" ..

Tapi tidak sedarkah??
Perempuan skang nie banyak kontrol cantik bah.
Aduh betul lah..

Banyak blog yang saya nampak,kontrol cantik,Lalai dengan hidup di dunia,Tapi lupa di Akhirat.

tiapa...cerita hal nie pun tidak habis 5 tahun saya karang.. next questi0n..

SOALAN KEDUA
Mengapa remaja lelaki sekarang sangat susah menjadi pemimpin??


Aduh.. pandai fikir sendiri juga kan kenapa lelaki sekarang kurang jadi pemimpin.. Kita tengok negara kita skang..
Masalah sosial,jenayah..Siapa yang memonopoli??

Kita semua tahu kan??
Sedarlah bahawa budak pintar di sekolah kita pun tidak banyak yang berstatuskan Lelaki,Pondan banyak lah.

Lelaki sekarang nie lebih dikenali sebagai perosak wanita.
Yalah,,jujur saya katakan.
suka hati saya lah kan mau cakap apa.
Tapi nie kenyataan yang perlu LELAKI tahu.

Yang bawa dating dekat lorong lorong tue sepa??
Yang bawa buat projek dekat longkang tue sepa??
Yng mengandungkan perempuan tue sepa??

Fikir-fikirlah kamu JANTAN!!
MALAS CAKAP BANYAK..
NANTI KAMU BAWA BTUMBUK BAH.

SOALAN KEDUA

Mengapa manusia perlu menjadi kaum lain untuk 
menjadi cantik atau dikagumi orang lain????

KAMU tidak faham???????????

erm... straith to da poin...
KOREA!!!!!!!!!!!!!!!!!

WOW!!!
Bukan main lagi skang nie terlalu ikut korea..
dengan STYLE RAMBUT,MAKE UP,GAYA BEGAMBAR,PENAMPILAN,BAHASA,
Adeyh...semua lah korea..
PAGI PETANG SINAG MALAM KOREA!!!

Tidak dinafikan ,
saya juga salah satu remaja yang meminat korea,tetapi tidaklah terlalu obses,, biasa biasa saja bah aku nie.

Tapi,tidak kita kulit warna hitam ,coklat,putih,kuning,ijau.
Semua TRIP KOREA..

STYLE MACAM NIE???
Semua orang bleh bwat.Tapi tidak cute macam korea kan???
memang lah tidak cute macam korea.
Tetapi cute macam dri sendiri.
Opss!! actually kaum yang kita paling terikut ikut skang ialah kaum yang berasalh dari Korea kan.
Korea yang mempunyai banyak artis artis macho dan cantiklah yang menjadi idola kita sekarang.

Mengapa?????????????????????
Tidak salah jika kita meminati mereka,
Tetapi sedarkah kita??
Kita sudah terlalu terpesong dan lalai dengan alunan aksi mereka.
TOLENG SEDAR!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekarang nie mereka ketawa terbahak bahak sehingga terburai usus perut..
Kerana apa yang mereka beri pada kita,itu yang kita Telan..
Pakaian kita??
MASYA-ALLAH..

Tidak kira muslim atau tidak.
Semua sama.


KESIMPULANNYA:
Kita sebangai manusia,
haruslah sentiasa cermin diri atau muhasabah adakah kita sudah membuat perkata yang terbaik untuk diri kita di dunia atau di akhirat.???

Muhasabah lah diri Anda,
InsyaAllah ada petunjuk kearah jalan kebenaran.

Maafkan saya jika saya ada tersalah bicara,
Yang baik dari Allah yang esa,
Ynag buruk semuanya dari saya yang khilaf.

Wassalam.

Friday, September 28, 2012

Lagenda Roro Kidul

Cerita tentang Nyi Roro Kidul ini 
banyak versinya. Ada versi Jawa 
Barat, Jawa Timur dan 
Melayu. Konon Nyi Roro Kidul itu tak lain 
adalah seorang jin yang 
mempunyai kekuatan dahsyat. 
Hingga kini masih ada saja orang 
yang mencari kekayaan dengan 
jalan pintas iaitu dengan menyembah Nyi Roro Kidul. 
Mereka dapat kekayaan 
berlimpah tetapi harus 
mengorbankan keluarga dan 
bahkan akan mati sebelum 
waktunya, jiwa raga mereka akan dijadikan budak bagi 
kejayaan Keraton Laut Selatan. ini cerita tambahan Kanjeng Ratu Kidul Di suatu masa, hiduplah seorang 
puteri cantik bernama Kadita. 
Kerana kecantikannya, ia pun 
dipanggil Dewi Srengenge yang 
bererti matahari yang indah. 
Dewi Srengenge adalah anak dari Raja Munding Wangi. Meskipun 
sang raja mempunyai seorang 
puteri yang cantik, ia selalu 
bersedih kerana sebenarnya ia 
selalu berharap mempunyai anak 
laki-laki. Raja pun kemudian berkahwin dengan Dewi Mutiara, 
dan mendapatkan putra dari 
perkawinan tersebut. Maka, 
bahagialah sang raja. Dewi Mutiara ingin agar kelak 
anaknya itu menjadi raja, dan ia 
pun berusaha agar keinginannya 
itu wujud. Kemudian Dewi 
Mutiara datang menghadap raja, 
dan meminta agar sang raja menyuruh anaknya pergi dari 
istana. Sudah tentu raja 
menolak. "Sangat menggelikan. 
Saya tidak akan membiarkan 
sesiapa yang ingin bertindak 
kasar pada putriku ", kata Raja Munding Wangi. Mendengar 
jawapan itu, Dewi Mutiara pun 
tersenyum dan berkata manis 
sampai raja tidak marah lagi 
kepadanya. Tapi walaupun 
demikian, dia tetap berniat mewujudkan keinginannya itu. Pada pagi harinya, sebelum 
matahari terbit, Dewi Mutiara 
mengutus pembantunya untuk 
memanggil seorang dukun. Dia 
ingin sang dukun mengutuk 
Kadita, anak tirinya. "Aku ingin tubuhnya yang cantik penuh 
dengan kudis dan gatal-gatal. 
Bila engkau berjaya, maka aku 
akan memberikan suatu ganjaran 
yang tak pernah kau bayangkan 
sebelumnya. "Sang dukun menuruti perintah sang ratu. 
Pada malam harinya, tubuh 
Kadita telah dipenuhi dengan 
kudis dan gatal-gatal. Ketika dia 
terbangun, dia menyedari 
tubuhnya berbau busuk dan dipenuhi dengan bisul. Puteri 
yang cantik itu pun menangis 
dan tak tahu harus berbuat apa. Ketika Raja mendengar khabar 
itu, beliau menjadi sangat sedih 
dan mengundang banyak tabib 
untuk menyembuhkan penyakit 
anaknya. Beliau sedar bahawa 
penyakit anaknya itu tidak wajar, seseorang pasti telah 
mengutuk atau mengguna- 
gunainya. Masalah pun menjadi 
semakin rumit ketika Ratu Dewi 
Mutiara memaksanya untuk 
mengusir puterinya. "Puterimu akan mendatangkan kesialan 
bagi seluruh negeri, "kata Dewi 
Mutiara. Kerana Raja tidak 
menginginkan puterinya menjadi 
fitnah di seluruh negeri, 
akhirnya beliau terpaksa meluluskan usul Ratu Mutiara 
untuk menghantar anak perempuannya ke luar 
dari negeri itu. Puteri yang malang itu pun pergi 
sendirian, tanpa tahu ke mana 
harus pergi. Dia hampir tidak 
boleh menangis lagi. Dia memang 
mempunyai hati yang mulia. Dia tidak 
menyimpan dendam kepada ibu tirinya, malahan ia selalu meminta 
agar Tuhan mendampinginya 
dalam menanggung penderitaan .. Hampir tujuh hari dan tujuh 
malam dia berjalan hingga 
akhirnya tiba di Lautan 
Selatan.



 Dia memandang 
samudera itu. Airnya bersih dan 
jernih, tidak seperti samudera yang lain yang airnya biru atau 
hijau. Dia melompat ke dalam air 
dan berenang. Tiba-tiba, ketika 
air Lautan Selatan itu 
menyentuh kulitnya, mukjizat 
terjadi. Bisulnya lenyap dan tak ada tanda-tanda bahawa dia 
pernah kudisan atau gatal-gatal. 
Malahan, dia menjadi lebih cantik 
daripada sebelumnya. Bukan 
hanya itu, kini dia mempunyai kuasa 
untuk memerintah seisi Samudera Selatan. Kini ia menjadi 
seorang peri yang disebut Nyi 
Roro Kidul atau Ratu Pantai 
Samudera Selatan yang hidup 
selamanya.