♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Monday, September 16, 2013

Kerana Kau~



Rahsia ini tidak ada siapa yang tahu kecuali aku dengan Maha Pencipta,
Semua ini tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa termasuk insan yang paling rapat denganku,
Aku ini sebenarnya insan yang sentiasa berubah perasaan dan berubah emosi,
Maka bermulalah penceritaan kisah ku.


Dia,
Insan yang tidak begitu perfect,
Hanya biasa-biasa sahaja,
Tapi mungkin bagi aku dia insan yang luar biasa.


Bukan terlalu mengagungkan dia,
Tapi dia seorang yang menarik,
Biasa-biasa tapi menarik perhatian.
Apa sahaja yang dilakukannya amat pelik dan itu yang membuatkan ku merasa tertarik.


Tetapi walaupun begitu,
Aku tidak pernah menunjukkan perasaanku padanya,
Biar Allah sahaja yang tahu,
Nanti aku takut bila dia tahu dia akan menjauhiku.



Sejujurnya aku bukan lah seperti wanita lain,
Bila suka terus ungkapkan cinta.
Aku mendiamkan diri sahaja,
Biar jodoh dan waktu sahaja yang menyatukan kami.
Bila kami tidak bersatu dijinjang pelamin,
Mungin Allah mempertemukan dengan insan yang lebih soleh dan baik berbanding dirinya.


Sejujurnya aku tidak pernah pun bersua dan berborak dengannya,
Hanya melalui laman muka buku dan handphone sahaja kami bermula berkawan,
Tapi kebelakangan ini aku mungkin terlalu "rakus" sehingga dia seperti menjauh dariku,
Apakah aku ini murahan sehingga berani mengganggu hidupnya walaupun mungkin dia tidak punya apa-apa perasaan padaku??


Mungkin inilah saatnya aku hapuskan nombor telefonnya dan "deactive" kan semula laman muka buku ku,
Agar dapat menjaga ikhtilat dan menjauhi zina hati,
Ya Allah tolonglah hambamu ini mecari keredhaanMu,

Amin Ya Robbal Alamin~