♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Tuesday, April 25, 2017

Kenangan 2014

Hahaa..
Agak kelakar kiranya bila kita membaca setiap bait kata yang pernah ditulis bertahun lamanya.

Mengisahkan seorang wanita yang patah hatinya.

Hatinya yang pernah terluka diatas janji manis yg dibuat oleh manusia yg mungkir janji pastinya.

Manusia itu kan tidak lari dari berperasaan dan melayan perasaan.

Lalu mengapa kau memperlekehkan penulisannya?

Apakah kau tidak punya kehidupan lain selain merosakkan hasil orang lain?

Dulu.. Kini dan selamanya.
Namamu itu bakal terngiangngiang dalam benak tubuhku.

Kau dulu yg ku selalu sebut namanya.
Akan selalu ada.
Walau jasadmu dan jiwamu tidak mampu ku miliki.

Kata-katamu yang selalu ku ingat
" Jangan Mencinta sehingga buta dengan kekurangan "

Kenangan 2014

Sekadar Luahan Cuma

Pernah tak kau rasa bahawa manusia ini sifatnya saling mementingkan diri sendiri?

Pernah tak kau rasa menjadi mangsa atas kebahagiaan orang lain tetapi kesengsaraan bagi kau?

Yes aku pernah dan mungkin semua juga pernah.

Apa lagi aku ini seorang wanita.

Seorang wanita yg sifatnya kadangkala seperti lelaki tetapi tidak hati.

Hati ini tetap seperti perempuan. Atau lebih manis seperti wanita.

Baru-baru ini dikejutkan dengan kekecewaan yang sangat sakit yang boleh membunuh hati dan perasaan ku.

Yes! Maaf. Aku berbicara dengan penulisanku sendiri. Tulisanku jadi bukan hakmu.

Tulisanku adalah hak ku. Aku yg menjadi watak utama dalam ceritaku. Dan of course. Kau adalah watak jahat dalam ceritaku.

Manusia muda seumur adikku yg cuba berlagak menjadi orang dewasa.

Perlu kau tahu bahawa aku lebih berusia daripada kau.

Dan aku lebih mengenali dunia berbanding kau.

Tapi bukan sifatku merosak hubungan orang lain.

Dan bukan caraku untuk sailang kebahagiaan orang lain

Jika kau membaca hasil nukilanku.

Berhati-hatilah pada hatimu.

Jangan sampai merosak hidup orang lain.

Kalau kau pernah berbuat duka pada orang lain

Pastinya nanti bencana menuju pada hidupmu.