Assalamualaikum.. sebut pasal gabung-gabung nama dengam suami,sy baru tahu hal nie setelah sekian lama. Aduih.. lemahnya diri ini.
Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu
menisbatkan(mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah
menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga
namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. "
Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?
Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting.
Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA
AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama
lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut
adalah nama suaminya.
Kerana dalam Islam. Nama lelaki di
belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki
tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah
kandungnya(WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua
kandungnya.
Berbeza dengan budaya barat(kafir) Contoh: isteri
Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham;
isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asaknya Michelle
LaVaughn Robinson, DLL..
Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barang siapa yang mengaku sebagai sanak kepada selain ayahnya atau
menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat
ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH
tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah”
(HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment