♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Friday, March 22, 2013

KASHAF

Kasyaf adalah salah satukelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.

Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri mereka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.

Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi,

Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:

1) Kasyaf Mata

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

2) Kasyaf Telinga

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.

3) Kasyaf Mulut

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal

Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.

5) Kasyaf Hati

Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.

Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya.

Monday, March 11, 2013

(Huraisy, binatang dari neraka Allah)



Huraisy, binatang dari neraka..panjang binatang ini ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat..dan apabila ia keluar menjelang kiamat.

Maka malaikat Jibril berkata,
"wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy,
"Aku mencari lima jenis orang, iaitu....."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap hal dunia di dalam masjid.

Allahurabbi...

Tahanlah Hatimu

Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal
bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah
perasaanmu.

Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan
segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang
doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan
simpanlah warkah yang tidak beralamat itu
sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka
serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia
pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu
itu belum tiba.

Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan
Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia
bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama
hilangnya wajah si dia dari hatimu...♥

Tanyalah Allah

=> Usah ditanya KENAPA dan MENGAPA Allah
memberi SESUATU ujian itu kepada kita,
~ Kerna DIA lebih MENGETAHUI apa yang
DITENTUKANNYA..

=> Usah ditanya KENAPA dan MENGAPA
nikmat itu TIDAK DAPAT kepada kita
~Kerna DIA lebih MEMAHAMI keperluan kita
dari kehendak diri kita..

TAPI TANYALAH...

-> KENAPA dan MENGAPA kita SUKAR
menerima SESUATU dengan IKHLASNYA,

-> KENAPA dan MENGAPA kita TIDAK pernah
MENSYUKURI nikmat yg DIBERI olehNYA ,

-> KENAPA dan MENGAPA kita SELALU
bersangka BURUK dengan PENCIPTA kita,

-> KENAPA dan MENGAPA kita SENTIASA
melakukan APA yang dilarangNYA..

Saturday, March 2, 2013

Ketika Hati Muslimah Terluka


Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan dia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya


Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.:')

Friday, March 1, 2013

kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ?

:: (-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN ::

sebab......??
:: (-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu ...

:: dan lepas tu kita BUAT APA ?
:: (-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ?
:: (-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ???
:: (-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita :) ♥ ♥ ♥ ♥ ~

Aku tak Layak ..:(


Mereka anggap aku SOLEHAH  hanya kerana berulang kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...

TAPI..
Jauh di sudut hatiku,
Mahu saja aku MENANGIS SEKUAT HATI..
Aku SEDANG BERTARUNG dengan diriku sendiri,
TAK MUDAH..
ALLAH sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..
Kadangkala aku TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN aku kerana kadangkalanya AKU KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
SEBAK HATI tatkala aku terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku? T_T

#Muhasabah Diri

Lafaz Yang Tersimpan

Hilang kekasih boleh dicari ganti..
Hilang ibu hingga ke mati..

Wahai anak..
Hargailah ibumu..
Ambillah kesempatan yang ada dengan berbakti kepadanya..
Pada ibumu, ada redha..
Pada ibumu, ada makbulnya doa..
Pada ibumu, ada syurga yang kita pinta..
Pada ibumu, ada kasih sayang setulus jiwa..

Wahai anak..
Tataplah wajah ibumu..
kerana ia mengundang pahala dan kebaikan buatmu..
Ciumlah tangannya
kerana tangan itulah yang membelaimu hingga dewasa..
Dakaplah ibumu..
kerana tubuh itulah yang sentiasa ada disisimu saat suka dan duka..
Hormat dan sayangilah dia..
kerana berkat doa-doanyalah hidupmu sentiasa dirahmati..

Wahai anak..
jika kau tak mampu membanggakan ibumu..
janganlah engkau memalukannya pula..
jika kau tak mampu membuat ibu tertawa
janganlah pula kau buat ia menangis
jika kau tak mampu membuatnya gembira
janganlah pula kau menyakiti hatinya..

Wahai anak..
Ucaplah.. "Saya sayang ibu.."
selagi peluang masih ada...