♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Wednesday, December 19, 2012

Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin (oleh Ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idrus)


Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhanustaz

Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-1. Balqis2. Kistina/Qistina3. Najwa4. Zakuan5. Batrisha6. Erisha7. Mazda

       Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

       Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lamP/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.(UPDATE)

       Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawabMemang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

       Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallahua’lam

Sakit hati ini



Assalamualaikum,hari nie penuh dengan kepenatan dalam diri. biasalah sibuk menyiapkan diri untuk pertandingan nasyid 21 hb ini. 21-26hb pula perkhemahan LAKEP akan berlangsung.Kepenatan amat menyelubungi diri.

Tapi demi Allah,saya sanggup menggadaikan masa saya. Hari ini,hati begitu hiba sekali apabila melihat ramai junior-junior dari sekolah saya yang lupa akan dunia. Tidak terkecuali juga beberapa guru dalam sekolah saya. Air mata ini hampir mengalir akibat melihat gambar mereka di laman sosial facebook. Tidak dapat diakui lagi ramai remaja saat ini yang terlalu lalai dengan arus dunia yang menyebabkan mereka terbuai dengan kemudahan teknologi saat ini.

Saya memang sedih bila melihat adik junior saya yang lain sesat dengan dunia mereka sendiri. Bayangkan pelajar muslim begitu mudah menayang aurat dan memakai pakaian seksi hanya sebuah majlis PROM. Inilah perbuatan seorang ketua yang tidak bertanggungjawan. Bukan saya ingin katakan apa.Tapi ketua dalam kelab sekolah itu semuanya beragama kristian.Jadi mereka tidak mempunyai halangan untuk memakai pakaian yang menjolok mata.

Tapi apa yang tidak dapat percaya.Kebanyakkan ahli kelab yang pergi ke majlis Prom Night itu beragama ISLAM dan pakaian mereka semuanya tidak menutup aurat dan amat menjolok mata. Dengan pergaulan mereka yang tidak terbatas itu amat mengecewakan. Apa yang hendak jadi dengan remaja saat ini.

Bagaimanalah umat ISLAM nanti???
Ya ALLAH,
hati ini amat sedih,
maafkan hambaMu ini kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab untuk mendidik mereka .