♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Monday, May 6, 2013

Temanku pergi ke rahmatullah


Assalamualaikum, sungguh sebak hati ini. Pagi tadi, ayahku menghantar pesanan kepadaku mengatakan bahawa ada seorang bekas pelajar sekolah ku yang sudah pergi kerahmatullah. Mula-mula aku tidak tahu siapa orang tersebut. Selepas diberitahu rakan-rakan, baru aku tahu bahawa aruah merupakan bekas kawan rapatku. Namanya Severino Albert. Dia merupakan seorang muallaf.

            Pada saat ini,hatiku amat sebak mengenangkan kisah sewaktu aku masih rapat dengannya. Sewaktu aku tingkatan tiga, dia selalu membuliku. Yalah aku seorang anak guru yang merupakan guru yang mengajar mereka bahasa inggeris. Jadi memang sinonimlah ramai yang suka bermain dan membuliku. Dulu dia suka membuliku sehingga dia mengejar aku dimana-mana. Aku terpaksa menyorok untuk mengelakkan diriku daripada ditangkapnya.

             Tetapi diri ini amat sedih kerana sehingga saat ini aku belum meminta maaf dengannya. Semoga Allah menempatkan dia di tempat orang yang beriman. Ya tidak dinafikan lagi bahawa dia seorang yang nakal sekali. Tetapi tidak sangka dia mempunyai penyakit otak berair disebabkan dia pernah jatuh semasa kecil dan ini memberikan kesan kepadanya. Pembedahan telah dilakukan tetapi telah membuatkan dirinya koma dan terus meninggal duni.

             Saat ini, beberapa orang memandikan jenazahnya di masjid Ranau. Begitu juga ayahku yang juga sedang membantu mereka bekerjasama memandikan dan menyembahyangkan jenazahnya.Patutlah aku berasa pelik semalam. Jantung ku tiba-tiba teramat sakit dan berdegup kencang. Aku susah untuk tidur. Ya Allah maafkanlah segala kesilapan yang telah aku lakukan padanya. Tiada tuhan selain engkau dan hanya padamu sajalah tempat untuk aku meminta.

             Sebenarnya aku sangat takut untuk mati kerana amalanku belum cukup. Saat ini, air mata sedang mengalir sambil menulis blog. Tanganku bergegar.Tapak kakiku teramat sejuk. Sebenarnya aku juga takut kerana aku juga sering sakit. Seluruh tubuh ku juga selalu pucat. Kakak ku menyuruh aku melihat maklumat mengenai penyakit Anaemia di Internet. Dan simptom-simptom ini kebanyakkan aku lalui pada saat ini. Seluruh bibir ku,bawah mataku dan tubuhku amat pucat. Aku harap tidak ada sebarang masalah mengenai diriku ini.

             Tidak ku ragui lagi bahawa aku seorang sahaja yang sering sakit antara adik beradik ku ini. Amat biadap lah aku katakan jika aku yang mati dulu sebelum adik-beradikku. Andai nyawaku ditarik oleh malaikat. Aku mohon agar sesiapa yang mengenali ku atau membaca blog ku ini tidak henti-henti untuk mendoakanku berada di kalangan orang yang beriman.

           
             Ya Allah tempatkanlah kami ummat mu berada dikalangan orang beriman. Janganlah kau hukum kami dengan hukuman yang terlalu berat ya Allah. Innalillahwainailaihirojiun. Alfatihah buat aruah
Severino Albert @ Bal ..

                                 Terima kasih kerana wujud dalam hidupku.
Akan ku ingat segala kenangan yang pernah kulalui denganmu.
Semoga engkau ditempatkan orang yang beriman.
Allahualam.. 

Wahai Hati..


Hati,
sering membisikkan kata rindu padanya,
Hati ini juga yang sering mengingatkannya.
Hati yang sering mendoakannya.
 
Hati,
Berputiknya cinta didasar hati yang sukar untuk diluahkan,
Mungkin ini jalan yang terbaik untuk tidak melukai perasaannya lagi,
Sebelum kedatanganku dalam hidupnya,mungkin hidupnya baik-baik saja,
Mungkin dia tidak serimas atau sebosan ini.

Hati,
Betapa peritnya bila dia menunjukkan sifat yang amat kubenci.
Mengapa dia melayaniku seperti endah tak endah??
Kecewanya hati ini.

Hati,
Mungkin ini yang Allah mahukan,
Dia mahukan aku untuk sentiasa mengingatiNya dan bukan dirinya,
Baik!! Akan ku buka lebaran baru dan ku isi muka surat yang baru.