Dilahirkan pada 20 April 1889 di Gasthof zum Pommer (sebuah
penginapan di Braunau am Inn), Austria, Adolf Hitler adalah seorang pemidato
yang sangat berkarisma. Kemampuannya dalam berorasi itu pulalah yang
menjadikannya berjaya memperoleh sokongan untuk menjadi pemerintah Jerman.
Kerjaya politik pertama Hitler adalah menjadi pengurus Parti Buruh Jerman (Nazi
/ DAP) pada bulan Julai 1921. Melalui kemampuannya dalam berorasi, Hitler
kemudian terpilih menjadi ketuanya. Setelah itu, ia menukar nama DAP menjadi
Parti Nazi (NSDAP), yang kemudian lebih terkenal dengan sebutan Parti Nazi.
Pada tahun 1929, NSDAP atau Nazi menjadi pemenang majoriti dalam pemilihan
umum. Kerana kemenangan itu, Hitler dilantik menjadi Canselor oleh Presiden Jerman
masa itu, Paul von Hindenburg.
Ketika von Hindenburg meninggal pada 2 Ogos
1934, Hitler menyatukan jabatan Canselor dan Presiden menjadi Führer, sekaligus
menjadikan Nazi sebagai parti tunggal di Jerman. Sejak itulah Adolf Hitler
menjadi diktator Jerman. Dalam usaha mengembalikan Jerman yang runtuh akibat
Perang Dunia I, Hitler memerintah dengan menetapkan pemerataan ekonomi,
meningkatkan lapangan pekerjaan dan cara-cara umum, serta projek-projek umum.
Ia juga menyalahkan komunisme dan Yahudi atas situasi ekonomi yang buruk di
Jerman. Polisi-polisi yang diambil Hitler tidak selamanya diluluskan atau
dipersetujui oleh partinya. Namun Hitler menjawab ketidaksetujuan itu dengan
pembunuhan. Pada Jun 1934, terjadi peristiwa yang disebut "Nacht der langen
Messer" (Malam Pisau Panjang), ketika Hitler dan penyokongnya membunuh
para penentangnya dalam parti Nazi. Sama seperti Mussolini di Itali, Hiler juga
berpendapat bahawa bangsa berevolusi melalui perang, dan bangsa-bangsa yang
lebih rendah layak diperangi dan dimusnahkan.
Oleh itu, Hitler pun mengeluarkan
surat perintah untuk menghabisi semua orang yang kurang upaya, lemah mental,
atau berpenyakit keturunan, kerana dianggap sebagai parasit yang mengancam
kemurnian rakyat Jerman dan menghalang kemajuan evolusi. Kemuncaknya, Hitler
mulai menceroboh negara lain. Pada September 1939, Hitler menyerang Poland
dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat dan udara secara kilat).
Penyerangan itu mencapai kemenangan yang gemilang. Tetapi serangan itu pula
yang kemudian mencetuskan pecahnya Perang Dunia II, ketika Inggeris dan
Perancis menyatakan perang terhadap Jerman. Hitler tak peduli, ia terus
menceroboh wilayah-wilayah lain, hingga Perang Dunia II benar-benar pecah dan
melibatkan banyak negara. Perang Dunia itu berakhir dengan kekalahan Jerman,
dan kemenangan Sekutu. Pada akhir 30 April 1945, ibu kota Jerman, Berlin,
dikepung oleh Kesatuan Soviet. Adolf Hitler tahu riwayatnya akan segera tamat.
Maka ia pun memutuskan untuk bunuh diri bersama isterinya, Eva Braun, yang
dinikahinya sehari sebelumnya. Pada hari itu, Hitler bunuh diri bersama
isterinya di bunker mereka, dengan cara menembak kepalanya sendiri. Sebelum
melakukan tindakan tersebut, Hitler menyalami para pengawalnya yang masih
setia, dan berpesan kepada mereka supaya membakar mayatnya, agar tidak jatuh ke
tangan musuh.