♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Wednesday, December 19, 2012

Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin (oleh Ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idrus)


Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhanustaz

Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-1. Balqis2. Kistina/Qistina3. Najwa4. Zakuan5. Batrisha6. Erisha7. Mazda

       Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

       Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lamP/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.(UPDATE)

       Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawabMemang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

       Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallahua’lam

Sakit hati ini



Assalamualaikum,hari nie penuh dengan kepenatan dalam diri. biasalah sibuk menyiapkan diri untuk pertandingan nasyid 21 hb ini. 21-26hb pula perkhemahan LAKEP akan berlangsung.Kepenatan amat menyelubungi diri.

Tapi demi Allah,saya sanggup menggadaikan masa saya. Hari ini,hati begitu hiba sekali apabila melihat ramai junior-junior dari sekolah saya yang lupa akan dunia. Tidak terkecuali juga beberapa guru dalam sekolah saya. Air mata ini hampir mengalir akibat melihat gambar mereka di laman sosial facebook. Tidak dapat diakui lagi ramai remaja saat ini yang terlalu lalai dengan arus dunia yang menyebabkan mereka terbuai dengan kemudahan teknologi saat ini.

Saya memang sedih bila melihat adik junior saya yang lain sesat dengan dunia mereka sendiri. Bayangkan pelajar muslim begitu mudah menayang aurat dan memakai pakaian seksi hanya sebuah majlis PROM. Inilah perbuatan seorang ketua yang tidak bertanggungjawan. Bukan saya ingin katakan apa.Tapi ketua dalam kelab sekolah itu semuanya beragama kristian.Jadi mereka tidak mempunyai halangan untuk memakai pakaian yang menjolok mata.

Tapi apa yang tidak dapat percaya.Kebanyakkan ahli kelab yang pergi ke majlis Prom Night itu beragama ISLAM dan pakaian mereka semuanya tidak menutup aurat dan amat menjolok mata. Dengan pergaulan mereka yang tidak terbatas itu amat mengecewakan. Apa yang hendak jadi dengan remaja saat ini.

Bagaimanalah umat ISLAM nanti???
Ya ALLAH,
hati ini amat sedih,
maafkan hambaMu ini kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab untuk mendidik mereka .






Tuesday, December 18, 2012

Tanda tanda Kematian





TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN...

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Barang yang mengandungi Lemak Babi



132012_124937PM_logo-halal-malaysia-jakim

Untuk Renungan Bersama…

Assalamaualikum Tuan dan Puan

Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama

Babi Sudah Jelas Haramnya …..

Perhatian Kepada Semua Umat Islam

Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ‘Gold Cup’
6. Berus Gigi Jenis ‘Reach’
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady’s Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady’s Choice Jelly
Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya

1. Barangan Avon Keseluruhannya

2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut  Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberutahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas Terutama Pakaian Sembahyang.  Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm – Pringles Potato Chips – Tidak Halal !!

P/S : Pastikan barang yang anda beli mempunya halal JAKIM atau badan halal yang di iktiraf JAKIM. KLIK SINI

Sumber asal artikel dan latest Halal info boleh didapati darihttp://halalguide.org/Latest_Halal_Info.html

Saturday, December 15, 2012

Pengorbanan seorang ibu Dialah Hero Sebenar

Assalamualaikum....

hidup ini tidak akan bermakna,
hidup ini tidak akan wujud,
hidup ini tidak akan sempurna,
Tanpa pengorbana seorang ibu yang melahirkan kita.


Macam bosan pulak dengar bab-bab mak mengandung nie kan. tapi sebenarnya apa yang perlu kita tahu. sebanyak-banyak hero di dunia nie, ibu lah hero terbaik sekali tau. sebab tue lah syurga di bawah tapak kaki ibu. superman,boboiboy,ultramen suma tue bukan ada tolong ngandung pun,bukan ada tolong bersalin pun. Kalau ada swuh lah hero suma tue bersalin,nak ke tak nak diorang...

sedih dan hiba sangat nengok video derita seorang ibu melahirkan anak tadi. rasa menyesal juga pernah lawan mak dulu..

kalaulah saya jadi mak nanti,barulah saya akan rasa betapa deritanya seorang ibu melahirkan saya. mungkin kita semua tidak sedar. Thanks sangat kepada kameramen yang rakam ibu bersalin tue. kalau tak samapai sekarang saya tak tahu macam mana seorang ibu bersalin.

kakak saya seorang jururawat.sejak dia dapat kerja tue.saya nampak dia dah tak pernah lawan ibu. dia gitaw kat saya. "saya tidak mahu lawan mama lagi sebab saya nampak macam mana derita seorang ibu semamsa saya tolong mereka keluarkan anak dari rahim"..

 saya masih beruntung lagi sebab ibu saya masih ada. bapa pun masih ada. saya akan berjanji mulai hari ini saya tak akan pernah lagi lawan cakap diorang. urm korang semua kena ingat. Selama kita hidup pun kita tidak akan dapat ganti pengorbanan mereka terhadap kita.Merekalah segala-galanya. Tanpa mereka siapalah kita .Terutamanya ibu. Cuba fikir. kenapa  kalau kita lawan ibu,kita tidak akan pernah sekali pun hidu bau syurga.Memang lah kita dapat hidu kalau kita bertaubat dan minta maaf terhadap ibu kita.

oleh itu,
kita kena sentiasa doakan mereka,

doakan kesejahteraan mereka.
insyaAllah. Allah akan permudahkan hidup kita didunia dan akhirat.
sebelum saya undur diri. 
Saya harap korang tengoklah video derita seorang ibu ini.

Akhir kalam,
Jadilah insan yang sentiasa mentaati ibu bapa dan jadilah anak yang soleh.Semoga Allah mengabulkan doa kita.
Amin insyaAllah.

WASALAM~



 

Thursday, December 13, 2012

Macam mana tengok makhluk???

Assalamualaikum pembuka kata dari saya. hari nie kita cerita pasal sixsence. Tau tak pasal tue??? Alah bukan group nyanyi lh.. Pa yg saya tahu, sixsence tue atau pun "tompuon" dalam bahasa dusun di Sabah kata,seseorang yang diberi  keistimewaan untuk melihat makhluk yang bukanlah dari alam kita atau alam manusia. Seram juga cerita pasal nie, sudahlah satu orang jak di umah. ok tidak apa,saya suka cerita pasal nie,sebab keturunan kami pun ada macam nie juga. kakak keempat saya juga diberi keistimewaan oleh Allah . Secara langsung saya juga mempunyai sedikit keistimewaan yang sama dengannya.

Tapi untuk pengetahuan semua,jangan suka sangat benda nie kalau tidak ada dalam diri kita. Banyak yang saya tahu mengenai cerita ini. Ada yang mahu sangat dapat keistimewaan ini samapi pergi jumpa bomoh nak buka hijab lah. Tapi please, benda nie bukan main-main. Ok tidak apa,saya nak kongsi cerita tentang diri saya macam mana saya boleh sedar benda ini ada dalam diri saya.

Saya bukanlah seorang yang terlalu obses dengan benda nie,saya tidak akan tahu tanpa diberitahu .Saya ada senior,tidak tahu lah dia cakap betul atau tidak. Tapi dia pernah bagitau yang saya nie "tompuon" . Saya macam tak percaya sangatlah. Tapi sebelum saya tahu memang banyak perkara yang saya lihat dimana-mana terutamanya bila saya pergi camping di hutan.

Saya selalu juga join kem pasal dakwah agama nie. Hobi saya lah katakan. Tapi apa yang perlu kita tahu,bila kita kearah keagamaan,benda tidak baik akan sentiasa menghalang kita untuk melakukan atau join aktiviti kebaikan.

Banyak juga cerita saya nak kongsi tapi bukan ini masanya. Tajuk dekat atas pun dah jelas. Jadi mari kita tengok. Saya sebenarnya ambik nie dari blog kawan..Thanks for dia.. hehe

Ditulis oleh Walinong Sari dari forum cari.com.my. Di bawah ni adalah beberapa cara untuk awak melihat Jin, Hantu atau Syaitan walau dengan seimbas bayangan nya. Namun semuanya hanya dengan izin Allah s.w.t.



 Nasihat dari Walinong Sari:
-Jangan sesekali cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
-Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
-Jangan sesekali menggunakan air mata anjing untuk aktiviti ini kerana ia adalah haram.
-Jangan lakukan jika berseorangan.
-Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
-Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.    
-Jika anda lakukan & tidak alami seperti yang dikatakan itu, ia bermaksud segalanya hanya dengan izin Allah s.w.t
-Tidak digalakkan untuk mereka yang berumur bawah 16 tahun dan kurang faham atau kurang mahir dalam membaca.


TUTUP LAMPU DULU. 
SELAMAT MEMBACA TUTORIAL INI.
Cara Pertama:
-Berdiri dan menghadap kiblat..
-Rehatkan badan dan segala anggota - biarkan lemah..
-Selawat 3x
-Kosongkan minda dengan cara menumpukan pada bahagian tengah kening baca surah al-fatihah dengan berulang2 sehingga 7x..
-Pastikan akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..
-Semasa tgn terasa terangkat tu ada semacam seperti angin yg bertumpu pada tangan atau pergelangan..angin yg dingin. Turutkan saja arah tgn bergerak... dan buka mata utk melihat..


Cara kedua:
-Semasa mandi mayat. air mayat melimpah turun, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi...atau ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
-Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda...kemudian buka mata dan lihat apa yang muncul di tepi anda...!




Cara Ketiga:
-Mengusap kotoran dari kuburan (iaitu tanah dari kawasan perkuburan) dan sapu di sekitar mata anda.
-Bermain dam di tengah malam sambil memegang kucing hitam.
-Ambil benang berwarna merah dan ikat pada pokok pisang yang ada berhampiran rumah anda. 
-Hulurkan benang tersebut melalui tingkap menuju ke bilik anda, kemudian ikat pada hujung kaki katil. 
-Tidur dalam keadaan tersebut sehingga anda rasa ada sesuatu di sisi anda pada tengah malam.


Cara Paling Mudah : Special for u girls out there!
-Ketika anda dalam haid, amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
-Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air/bilik mandi.




Lain-lain:
- Ambil hati monyet yang masih segar secukupnya terus bakar hati tersebut menjadi arang, tumbuk sampai menjadi halus. 
- Setelah itu sapukan arang tadi tersebut ke kedua kelopak mata anda. Biasanya setelah itu anda akan secara live melihat hal yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
- Duduk seorrang diri di tempat yang di anggap berhantu tanpa memakai seurat benang.
- Gunakan payung. Buka payung anda dan berteduh dibawahnya. lakukan seorang diri dan dimalam hari
- Ambil seketul belacan dan bakar di tempat yang biasanya di anggap keras. Ini kerana jin marah dgn bau belacan.




P/S: Terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak tetapi bagi pengalaman saya yang pernah melakukannya, hasilnya cukup memeranjatkan, erti kata lain apa yang saya lihat cukup mengerikan...Nauzubillah... -Sekadar Pengalaman. Source : Walinong Sari



SEKARANG DAH BOLEH BUKAK LAMPU BALIK HEHE..

Nota Kaki Chempaka Sari :
Manusia di dalam dunia ini tidak diizinkan Allah untuk melihat makhluk jin, makhluk jin ini juga tidak diizinkan Allah menampakkan dirinya (bentuk semula jadinya) kepada manusia. Yang orang kata dia nampak itu, hanyalah penyerupaan atau penyamaran makhluk jin ini. Sebab Jin memang diizinkan Allah untuk menyerupai apa pun, melainkan untuk menyerupai menjadi Nabi Muhammad saw.


Jadi, kesimpulannya, apa yang dikatakan orang itu nampak, hanyalah tipu daya makhluk jin kepada manusia, yang sememangnya sentiasa melakukan tipu daya terhadap manusia. Kepada mana-mana daripada kalangan kita yang mendakwa dia boleh melihat makhluk jin, atau yang mengatakan cara begini begitu kita boleh melihat makhluk ini, eloklah kita tidak mempercayai mereka. 


Kerana Allah telah menetapkan kita tidak dapat melihat makhluk ini, apakah kita mahu mencabar ketetapan Allah? Ternyata kita termakan tipu daya makhluk ini jika kita terpercaya dgn mereka. Makhluk jin ini kejadiannya 9 : 1 dgn manusia. Kemudian Allah berikan umur yang panjang kepada makhluk ini. Dengan demikian, makhluk ini jadi terlalu banyak di muka bumi ini. Justeru itu inilah hikmahnya Allah tidak mengizinkan kita  melihat jin. 




*Manusia yang kita nampak pun boleh menipu, apatah lagi benda yang kita tak nampak ni.