♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Wednesday, January 30, 2013

Wasiat 4 Khalifah

Wasiat 4 Khalifah

Keempat-empat khalifah Islam yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.

Syd. Abu Bakar r.a. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab r.a. berkata :

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan r.a. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. "

Friday, January 18, 2013

Berjuang Memang Pahit, kerna Syurga Itu Manis by Rusydee Artz

Artikel daripada Rusydee Artz yang amat ku sanjungi.. :)

 selepas, klik utk besarkan gambar


Ungkapan obor jihad Salahuddin al-Ayubi, "Barangsiapa menguasai Palestine maka mereka akan menguasai dunia!" ternyata membawa makna besar pada dunia Islam yang bermaksud bumi ini akan sentiasa menjadi saksi mata pertembungan di antara hak dan batil dari dulu sehingga hari ini. Bukan sahaja orang Islam bermati-matian mempertahankan bumi Palestine dari Israel laknatullah, malahan Muslimin underground yang kita tidak pernah nampak dari dada akhbar dan media, giat berjihad memerah taktik dan keringat dalam memperjuangan Islam!

Mungkin kelmarin bumi Tunisia bergolak hanya kerana penjual sayur membakar diri, lalu tumbang rejim kejam yang bertapak selama 23 tahun di Tunisia. Sekarang, bumi Mesir pula bergolak. Rejim zalim Hosni Mubarak tergugat, terkesan dengan reformasi yang muncul secara mendadak di Tunisia! Rakyat Mesir yang celik dan tidak berhati buta turun ke jalanan untuk memprotes kezaliman rejim Hosni. Mungkin di Malaysia, rakyat ke jalanan dipanggil bodoh, sebenarnya mereka yang hanya pandai berkata "mereka bodoh" itulah yang sebenarnya bodoh. Takut. Hanya berani bersuara di belakang. Jangan pandang remeh rakyat di jalanan. Jangan sekali-kali. Sejarah sudah membuktikan rakyat di jalanan mampu menjatuhluluhkan sesebuah kerajaan korup! Berjuanglah dengan cara sendiri pun, tapi jangan anggap perjuangan orang lain yang juga berjuang adalah bodoh!
demo di Mesir 2011

disembur air kimia ketika solat hajat!

Mari kita tinjau perjuangan-perjuangan yang pernah berlaku di abad baru oleh tokoh-tokoh mujahid sejati.

1. Perjuangan seorang doktor di Palestine

Pada tahun 1983, Dr.Abdul Aziz Rantisi seorang doktor hebat kelahiran Palestine ditangkap oleh Israel kerana keengganannya membayar cukai kepada kerajaan rejim Israel. Tiga tahun kemudian, beliau bersama pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang lain termasuk Syeikh Ahmad Yassin, menubuhkan gerakan Islam Hamas sebagai wadah baru perjuangan rakyat Palestine, berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Hujung tahun yg sama, Rantisi bersama Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Fattah Dukhan, Muhammad Syama', Dr.Ibrahim al-Yazur, Isa an-Najjar dan komander Salah Syahadah memimpin dan menyeru seluruh rakyat Palestine turun ke medan tempur berperang dengan Israel secara terbuka. Dan berlakulah Intifadha Pertama secara rasminya.

Peristiwa apakah yang mencetuskan intifadha ini? Kejadian sebuah lori besar milik pendatang Yahudi sengaja melanggar dua buah lori kecil milik rakyat Palestine menyebabkan 4 terbunuh dan 9 cedera parah. Ini menimbulkan kemarahan umat Islam dan kebangkitan mereka kali ini tidak dapat ditahan lagi! 1988 menyaksikan Rantisi ditahan dan didakwa atas kesalahan menentang penjajahan Israel dan dipenjara 2 tahun. Dalam penjara juga berjuang, hafal Quran 30 juz. 1990, beliau dibebaskan pada September tetap jihad yang terus menerus dari beliau menyebabkan beliau ditahan balik 3 bulan selepas itu. Beliau galak seperti rambo, lasak panas dan sejuk beku, dibuang daerah, cuba dibom, cuba diledakkan dengan serangan helikopter Apache, keretanya ditembak sehingga beliau dan anak kecilnya cedera. Namun tidak serik-serik beliau berjuang. Syeikh Ahmad Yassin yang dibunuh Israel dengan tembakan dari helikopter Apache pada 22 Mac 2004 telah menjadi inspirasi kepada beliau untuk juga syahid mendapat syurga! Menang bukan keutamaan, syahid adalah segalanya.

Rantisi mengepalai Hamas ketika Palestine menangisi kematian Ahmad Yassin hinggalah beliau sendiri mengikut jejak langkah sahabatnya Ahmad Yassin pada 17 April 2004. Beliau bersama-sama 2 pengawalnya Akram Nisar dan al-Ghurrah syahid dalam keadaan paling mulia. Beliau syahid ketika bertempur dengan Israel. Takbir dan laungan reformasi bergema mengiringi kepergian Rantisi. Mungkin beliau syahid, tetapi roh dan semangat perjuangan tetap terus hidup bersama-sama rakyat Palestine dan ke seluruh pelosok hati umat Islam yang celik hati! Allahuakbar!

2. Perjuangan ulama buta di Mesir.

Andai di Indonesia pemidato hebatnya mungkin Bung Tomo dan Sukarno, Malaysia pula memiliki Prof. Dr.Zulkifli Mohamad, atau Mahathir dengan regunya Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat, tanah arab pula merakamkan kisah seorang pemidato unggul tetapi cacat penglihatan yang menggoncangkan pentas pidato dan mimbar Jumaat sehingga mereka yang zalim menggeruninya. Namanya Syeikh Abdul Hamid Kisyk.

Lahir pada 10 Mac 1933 di daerah Shubra Kheit dalam wilayah Buhaira ( wilayah yang sama dengan tokoh yang dikaji penulis iaitu Syeikh Muhammad al-Ghazali al-Saqqa ), Mesir. Beliau sangat hebat dari sudut pendidikan, 100% markah dalam semua subjek ketika di persekolahan, kemudian menjadi pelajar terbaik seluruh Mesir, kemudian berada di kedudukan pertama berturut2 selama 4 thn di Fakulti Usuluddin al-Azhar. dan bermacam2 lagi pengiktirafan yang beliau dapat selama beliau berada dalam bidang pendidikan.

Saya singkatkan lagi, beliau juga pernah dipenjara pada 1965 untuk kali pertama dengan alasan mengkritik kerajaan dan dimasukkan ke penjara Abu Za'bal, Qal'ah dan penjara perang selama 2 tahun setengah. Syeikh Kisyk adalah antara ulama yang tegas membantah perjanjian Camp David yang dimeterai Presiden Mesir ketika itu, Anwar Saddat dan PM Israel Menachem Begin. Sekali lagi beliau ditangkap dan disumbat dalam penjara. 1981, beliau dibebaskan namun dilarang berkhutbah di mana-mana masjid. Beliau telah diban oleh kerajaan zalim.

Oleh kerana semangatnya perjuangan beliau, beliau mencari inisiatif membina masjid sendiri yang mana beliau mampu bersuara di masjid beliau tanpa kekangan kerajaan. Beliau dan sahabat-sahabat menggunakan masjid itu sepenuhnya, tarbiyyah, tazkirah, khutbah, pidato, berjuang habis-habisan hanya dari sebuah masjid. Dikatakan masjid beliau ini sangat popular sehingga tempat duduk pun terpaksa di'tempah' dan ramai berasak-asak hanya demi mendengar kata-kata Syeikh. Ramai yang membuka mata dari khutbah dan pidato beliau, ramai mujaddid baru yang lahir kerana perjuangan hebat beliau! Hanya dari masjid!

Dinukilkan Syeikh Kisyk meninggal dalam keadaan paling terhormat, beliau mengambil wudhu di rumahnya dan ke masjid untuk berkhutbah, namun sebelum itu beliau bersolat sunat dua rakaat. Sujud pertama beliau bangkit, namun di sujud kedua Allah memanggilnya utk selama-lamanya. Allahuakbar...

Suka saya ambil sedikit nilai dari perjuangan beliau, beliau berpendapat mengkritik kerajaan bagi membetulkan kesalahan pemerintah adalah fardhu 'ain yang mesti dijalankan tanpa rasa takut kepada manusia. Kritiklah walau dipenjara sekalipun. 

3. Perjuangan Hassan al-Banna

Tidak perlu lagi saya sebutkan perjuangan Hassan al-Banna yang mungkin semua orang sudah tahu. Beliau adalah tokoh Ikhwan dan pencetus kebangkitan umat abad 20. Beliau ditembak mati pada Zohor 12 Februari 1949 ketika keluar dari bangunan Ikhwanul Muslimin. Ketika itu kerajaan Mesir diketuai oleh pemerintah zalim, al-Nukrasi Basya dari parti al-Sa'di.

Suka saya suka nukilkan satu tazkirah dari Hassan al-Banna buat kita semua:

"Wahai Ikhwan ! Berimanlah dengan Allah. Kuatkanlah dengan mengenal dan berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu takut selain dari Allah. Tunaikanlah suruhanNya dan jauhilah laranganNya. Bersikaplah dengan perangai yang baik Jadikan kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak yang mulia, dengan sifat yang gagah sebagai orang-orang Mukmin, dan dari sifat mulia sebagai orang-orang yang bertaqwa dan yang Soleh. Kamu hendaklah betul-betul mempelajari al-Quran dan betul-betul mengkaji serta mengulangi Sirah Nabawiyyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja bukan orang yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan untuk bekerja. Sebaliknya satu-satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk adalah kerana mereka banyak bertengkar dan berbalah.

Kamu hendaklah saling menyayangi sesama kamu. Berilah sepenuh tumpuan kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan tiang kepada kejayaan kamu. Tetapkanlah pendirian kamu sehingga Allah membuka yang haq di antara kamu dan kaum dan Allah adalah pembuka. Dengan dan taatilah pimpinan kamu samada senang atau susah, suka atau terpaksa, kerana ia adalah panduan kepada pemikiran kamu, dan ia juga sebagai penyambung kepada hubungan sesama kamu. Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan bantuan Allah. Peluang ini tetap akan datang, usahlah merasa ragu.

Pada hari itu bergembiralah yang beriman dengan pertolongan Allah. Allah menolong siapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah amat gagah dan amat penyayang. (al-Rum:4-5)"

Begitulah secara ringkas perjuangan-perjuangan dari tokoh-tokoh besar. Tidak disebut lagi perjuangan Said Hawwa, Said Nursi, Syeikh Ali Abu Hassan al-Nadwi, Syed Qutb dan lain-lain. Kita juga di Tanah Melayu jangan lupakan peristiwa berdarah Memali, peristiwa penangkapan ISA beramai-ramai, tuduhan-tuduhan palsu ke atas pemimpin2 besar yang membangkang kerajaan dan banyak lagi peristiwa yang menindas agama Islam di bumi Malaysia. Perjuangan tetap diteruskan. Kita telah perhatikan dulu Dr.Burhanuddin al-Helmi yang berjuang untuk Islam bersama tokoh-tokoh lain lagi juga tak terkecuali Tok Kenali dan Tok Janggut. Mengapa sampai bermati-matian? Biarpun suatu hari TGNA meninggal sekalipun, perjuangan membela Islam tetap diteruskan. Biarpun suatu hari parti Hijau tumbang, tetapi cebisan yang tinggal mesti terus menerus memperjuangkan Islam. Ini bukan seruan untuk kamu masuk parti Hijau, bukan sama sekali. Jika kita claim kita adalah pejuang, maka kita wajib mempertahankan Islam dalam apa bentuk sekalipun. Dakwah serasi ummah! Tidak kiralah apa sahaja perjuangan pun, namun jika ia adalah demi menegakkan kalimatullah di muka bumi ini, kita wajib menyokongnya. Bukan menang yang kita cari, tetapi syahid yang kita damba! Takbir! Allahuakbar!


Rusydee, 23 Safar 1432,
Selamat Tinggal. Wassalam.

Cerita Kosong saja

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan segala keberkatan Nabi Muhammad,Aku amat bersyukur ya Allah kerana masiih diberi rezeki walau tidak seberapa.
Hidupku tanpamu ya Allah, tiadalah maknanya.

Assalamualaikum..Alhamdulillah,aku masih berpeluang untuk menulis blog ku,walaupun tidak diminati ramai,aku tetap berpuas hati kerana aku dapat menyimpan sejarah diriku ataupun berkongsi sedikit ilmu. Minggu ini,terlalu banyak kisah yang berlaku dalam diriku,masalah sentiasa menjadi bayang-bayangku. Urhhhhh... sebenarnya aku banyak mengeluh tentang diriku.Kenapa aku harus hidup seperti ini sedangkan orang lain gembira meneruskan hidup mereka.
Tapi aku bersyukur sekali,walaupun hidup serba sederhana,aku masih mempunyai ibu bapaku.

Pada umur semuda ini iaitu 19 tahun,banyak tanggungjawab yang aku hendak laksanakan. Maaf melayu ku tidak seberapa. hehe... Bayangkan.. tahun ini,aku fom6, banyak yang perlu disiapkan,kerja kursus p.am dan juga sejarah. Apalagi dengan tanggjungjawab menggerakkan kumpulan dakwah dosekolah,memimpin junior-junior ,dan juga mengajar nasyid MTQ yang tidak lama lagi . Huh ... 
Tapi aku gembira dengan tanggungjawabku sebegini. Sekurang-kurang ,sebelum aku mati,namaku akan sentiasa disebut-sebut kerana melakukan kebaikan . Bukan aku bermegh diri. Aku cuma meluahkan isi hatiku.

Sebenarnya blog ku ini ku anggap sebagai diari. Aku bukan ingin mendapat nama atau ingin diagung-agungkan seperti wanita lain. Aku berpuas hati dalam meluahkan perasaanku .Ntah apa lah yang aku melalut..hehe

Aku ingin berkongsi cerita tentang adik kawanku. Dia dibuli pada hari rabu lalu, dia dipukul orang 2 kelas pelajar perempuan. Dia takut untuk ke sekolah saat ini kerana takut dibuli lagi.
cerita lanjut akan ku kongsi jika aku ada masa lapang lagi..

Wassalam..~