Assalamualaikum.. ehehe harap kamurang enjoy dengan cerita nie.. :)
COPYPASTE~~
Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum
keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil
membisik ‘I love you’ di telinga ibu.
Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.
Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.
Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu
masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah
ayah akan pulang untuk makan.
Jika ayah kata ya, ibu akan
tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi
kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.
Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.
Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan
ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.
Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.
Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu.
Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.
Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.
“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.
Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.
Ayah patah balik. “Mana Ibu?”
“Dalam bilik.”ujar saya
Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium
dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah
bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.
Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.
Ibu tersenyum semula.
“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”
“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.
“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.
“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang
ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk
semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun
perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah
tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan
suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat
demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja
tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu
terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak
sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa
ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu
sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.
Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.
“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga
ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah
ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak
menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris
sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".
Masa
memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk
sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa
bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium
dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi
dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun
sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah
dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini
bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan
cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan
memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
cerita untuk renungan pagi.
Senyum. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment