♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Saturday, February 23, 2013

✿~ Perempuan Jadi Role Model bukan Jadi model✿~

Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin
akan berisi?

Suami : Biasalah perkara macam tu,
Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin
semakin berisi. (Dari hadith yang
diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA,
diawal perkahwinan dengan Rasulullah
SAW mereka berlumba lari, Saidatina
Aisyah RA menang. Selepas beberapa
ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW
mengajak isterinya untuk berlumba lari dan
berjaya mengalahkan isterinya. Lalu
Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa
ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita
hamil atau bersalin dan menyusukan anak
sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana
Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat
(tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang
isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik
yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman
seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang
dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat
keindahan akhlaq seorang isteri, akan
melihat nur di wajah isterinya yang mana
akan mencantikkan wajah isteri dengan
sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak
menjanjikan akhlaq yang cantik namun
akhlaq yang indah insyaAllah akan
membiaskan nur di wajah isteri.

Suami Isteri Bahagia : Tak mengapa kalau
tidak layak untuk menjadi seorang model.
Berusahalah untuk menjadi seorang role-
model... :)

No comments:

Post a Comment