♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Monday, May 27, 2013

Pengalaman baru dalam Program Penghayatan Islam :)

    Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk menulis sesuatu yang bermakna dalam blog ini. Pada hari jumaat yang lalu hingga hari ahad kemarin, perkhemahan penghayatan Islam ada diadakan di Smk Ranau yang disertai oleh beberapa sekolah dari Daerah Ranau. Antaranya ialah Smk Datu Paduka Mat Salleh,Smk Agama Muhammad Ali, Smu Irsyadiah, Smk LOhan, dan Smk Kundasang.
            Hati ini amat gembira kerana berpeluang memeriahkan program ini. Tugas saya sebagai Fasilitator dalam program ini. Banyak juga yang saya peroleh. Walaupun aktiviti ini tidak begitu teratur, bersyukur sekali kerana semua peserta program amat suka dengan program yang diadakan ini. Selain mengukuhkan ukhuwah sesama pelajar muslim, pengalaman yang baru dapat diperoleh daripada program ini. Walaupun tidak cukup tidur, tetap enjoy. Walaupun badan sakit-sakit kerana berada dalam keadaan tidak bersih semasa program ini, saya masih menguatkan semangat saya untuk sama-sama dengan adik-adik untuk memeriahkan program ini.
             Benda paling saya gembira ialah semasa saya bertugas dalam menjayakan malam penghayatan program ini. Alhamdulillah dengan berkat "feel" yang saya ada tu, saya dapat mengeluarkan air mata para adik-adik. Mungkin disebabkan teks tersebut begitu menyedihkan ditambah dengan esakan tangisan saya kot. :)
            Alhamdulillah, saya semakin merasai maksud sebenar Ukhuwah itu. Ia bukanlah sekadar kata-kata yang diungkap. Tetapi ia satu perasaan gembira dan bahagia. Dalam program ini saya dapat merapatkan hubungan silaturrahim saya dengan sahabat Rakan Daie Muda (RDM) sy.. Begitu gembiranya saya kerana dapat bekerjasama dengan rakan dakwah setelah sekian lama tidak bersama dengan mereka. Maklumlah semua kami belajar di tempat yang berjauhan.
            Memang tidak terkecuali stres memang ada. Apa lagi dengan seorang ini. Terus terang saya katakan kebanyakan kami mungkin stres dengan seorang ini. Mungkin disebabkan kami tidak begitu sesuai dengan cara orang tersebut. Ya Allah , maafkan diri ini kerana tidak dapat mengawal diri memprotes dan berkata buruk mengenai orang ini. Tetapi diri ini sungguh tidak tahan lagi. Mungkin kita patut lupakan perkara tersebut.
            Dengan adanya program ini, iman dapat dipertingkatkan setelah sekian lama iman semakin turun dan luntur. Dengan Muhasabah diri, iman dapat ditingkatkan, InsyaAllah. Hehehehe ntah apa lagi yang saya ingin tulis. Dah takdo idea.. hehe salam akhir dari saya.. Assalamualaikum .. ;)

Monday, May 6, 2013

Temanku pergi ke rahmatullah


Assalamualaikum, sungguh sebak hati ini. Pagi tadi, ayahku menghantar pesanan kepadaku mengatakan bahawa ada seorang bekas pelajar sekolah ku yang sudah pergi kerahmatullah. Mula-mula aku tidak tahu siapa orang tersebut. Selepas diberitahu rakan-rakan, baru aku tahu bahawa aruah merupakan bekas kawan rapatku. Namanya Severino Albert. Dia merupakan seorang muallaf.

            Pada saat ini,hatiku amat sebak mengenangkan kisah sewaktu aku masih rapat dengannya. Sewaktu aku tingkatan tiga, dia selalu membuliku. Yalah aku seorang anak guru yang merupakan guru yang mengajar mereka bahasa inggeris. Jadi memang sinonimlah ramai yang suka bermain dan membuliku. Dulu dia suka membuliku sehingga dia mengejar aku dimana-mana. Aku terpaksa menyorok untuk mengelakkan diriku daripada ditangkapnya.

             Tetapi diri ini amat sedih kerana sehingga saat ini aku belum meminta maaf dengannya. Semoga Allah menempatkan dia di tempat orang yang beriman. Ya tidak dinafikan lagi bahawa dia seorang yang nakal sekali. Tetapi tidak sangka dia mempunyai penyakit otak berair disebabkan dia pernah jatuh semasa kecil dan ini memberikan kesan kepadanya. Pembedahan telah dilakukan tetapi telah membuatkan dirinya koma dan terus meninggal duni.

             Saat ini, beberapa orang memandikan jenazahnya di masjid Ranau. Begitu juga ayahku yang juga sedang membantu mereka bekerjasama memandikan dan menyembahyangkan jenazahnya.Patutlah aku berasa pelik semalam. Jantung ku tiba-tiba teramat sakit dan berdegup kencang. Aku susah untuk tidur. Ya Allah maafkanlah segala kesilapan yang telah aku lakukan padanya. Tiada tuhan selain engkau dan hanya padamu sajalah tempat untuk aku meminta.

             Sebenarnya aku sangat takut untuk mati kerana amalanku belum cukup. Saat ini, air mata sedang mengalir sambil menulis blog. Tanganku bergegar.Tapak kakiku teramat sejuk. Sebenarnya aku juga takut kerana aku juga sering sakit. Seluruh tubuh ku juga selalu pucat. Kakak ku menyuruh aku melihat maklumat mengenai penyakit Anaemia di Internet. Dan simptom-simptom ini kebanyakkan aku lalui pada saat ini. Seluruh bibir ku,bawah mataku dan tubuhku amat pucat. Aku harap tidak ada sebarang masalah mengenai diriku ini.

             Tidak ku ragui lagi bahawa aku seorang sahaja yang sering sakit antara adik beradik ku ini. Amat biadap lah aku katakan jika aku yang mati dulu sebelum adik-beradikku. Andai nyawaku ditarik oleh malaikat. Aku mohon agar sesiapa yang mengenali ku atau membaca blog ku ini tidak henti-henti untuk mendoakanku berada di kalangan orang yang beriman.

           
             Ya Allah tempatkanlah kami ummat mu berada dikalangan orang beriman. Janganlah kau hukum kami dengan hukuman yang terlalu berat ya Allah. Innalillahwainailaihirojiun. Alfatihah buat aruah
Severino Albert @ Bal ..

                                 Terima kasih kerana wujud dalam hidupku.
Akan ku ingat segala kenangan yang pernah kulalui denganmu.
Semoga engkau ditempatkan orang yang beriman.
Allahualam.. 

Wahai Hati..


Hati,
sering membisikkan kata rindu padanya,
Hati ini juga yang sering mengingatkannya.
Hati yang sering mendoakannya.
 
Hati,
Berputiknya cinta didasar hati yang sukar untuk diluahkan,
Mungkin ini jalan yang terbaik untuk tidak melukai perasaannya lagi,
Sebelum kedatanganku dalam hidupnya,mungkin hidupnya baik-baik saja,
Mungkin dia tidak serimas atau sebosan ini.

Hati,
Betapa peritnya bila dia menunjukkan sifat yang amat kubenci.
Mengapa dia melayaniku seperti endah tak endah??
Kecewanya hati ini.

Hati,
Mungkin ini yang Allah mahukan,
Dia mahukan aku untuk sentiasa mengingatiNya dan bukan dirinya,
Baik!! Akan ku buka lebaran baru dan ku isi muka surat yang baru.
 

Sunday, May 5, 2013

Buat diri yang rindu akan kebaikan

 Buat diri yang rindu akan kebaikan.
 
apakah saat ALLAH mendatangkan penyesalan di hatimu.
 
engkau mahu melepaskan peluang ini?
 
apakah pada saat ALLAH membuka jalan TAUBAT buatmu,
 
engkau memilih untuk semakin menjauh dariNYA walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu 
 
dengan manusia sekeliling?
 
atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan?
 
ketahuilah DIA MAHA PENGAMPUN.
 
Usah pedulikan pandangan orang lain.
 
tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah DIA menunggumu utukk SUJUD kepadaNYA bersama air 
 
mata taubat seorang hamba!
 
Buat diri yang rindu akan kebaikan.
 
apakah saat ALLAH mendatangkan penyesalan di hatimu.
 
engkau mahu melepaskan peluang ini?
 
apakah pada saat ALLAH membuka jalan TAUBAT buatmu,
 
engkau memilih untuk semakin menjauh dariNYA walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu 
 
dengan manusia sekeliling?
 
atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan?
 
ketahuilah DIA MAHA PENGAMPUN.
 
Usah pedulikan pandangan orang lain.
 
tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah DIA menunggumu utukk SUJUD kepadaNYA bersama air 
mata taubat seorang hamba!

Wednesday, May 1, 2013

Mengundi????? Exam..

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. saya dapat menulis blog hari ini setelah sekian lama sunyi. ehehe.. Sebenarnya sibuk pindah rumah, sakit dan study untuk STPM Penggal 2 yang tidak lama lagi akan tiba. Semestinya tanpa keraguan hati ini amat gelisah.. Walau apa pun diri,hati dan iman InsyaAllah akan dijaga dengan sebaiknya.

Sekarang Musim PRU 13 kan.. mesti semua tidak sabar lagi mau mengundi. Tapi tentera sudah mula mengundi kan sekarang?? Urm.. tapi tanpa dapat disangkal lagi. Saya tidak berapa setuju dengan cara segelintir masyarakat. Disebabkan Politik ukhwah dan silaturrahim rosak. Arh!!!! Bencilah.. Kalau boleh janganlah terlalu ekstrem sangat.

Sebagai contoh,bagi penyokong kumpulan ini bukan main memburukkan kumpulan lain. Begitu jugalah sebaliknya. Hello!!!! Kita Negara Harmoni pelbagai kaum agama dan bangsa. Kenapa mau memburukkan sesama sendiri?? Tidak bolehkah kita berbaik dan bersaing dengan sihat.

Maaflah..tapi saya slalu lihat segelintir yang bergelar Ustaz juga memburuk-burukkan kumpulan lain. Bukan apa, tidak eloklah dilihat orang ramai. Pleaselah.. Ia sebenarnya memalukan diri sendiri dan agama Islam itu sendiri. Walau apa pun kita kena sedar bukan kita sahaja yang hidup didunia nie. Jadi tolong hormati orang lain. Tidak malukah post yang tidak tentu.. Kalau boleh saya cakap "Post Pok Like Banyak" ..Yayy... apa kehe??? Pleaselah..

Maaflah saya bukan mau protes banyak sebenarnya pasal Politik negara kita nie. Tapi cadangan saya, sebaiknya kita jadikan Politik kita nie sebuah politik yang sihat tanpa menindas yang lemah dan tidak memburukkan satu sama lain. Kan baik.. Semoga kita dapat membuat pembaharuan mulai saat ini. Hentikan Rasuah dalam kalangan golongan Atasan. Hentikan Polis Makan Rasuah!! Yeah!!!

MAAF kalau ada yang terasa atas tulisan saya seperti. Buruk datangnya dari saya sendiri. Kebaikan semuanya datang dari Allah.. sekian...

oOOOOPPPPPSSsss!!!! Besok saya trial GEOGRAFI dan PENGAJIAN AM, Lusa pulak SEJARAH dengan MAKROEKONOMI. Doakan saya k.. eeheh sejarah dan makro terpaksa megulang sebab kemarin tidak pigi sekolah.. Sakit bah.. eheheh.. okey.. akhir kata dari saya.. Assalamualaikum.. Illa Mardhotillah.. :)