♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Sunday, November 18, 2012

Sakit hati??Jangan..!!!!



Manusia????
Jangan pura-pura x tau lah,
Manusia nie dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian yang Allah berikan..

Tapi masih ada lagi manusia yang tidak tahu bersyukur,
Maksud saya macam nie,
Yalah Allah telah menciptakan manusia tue dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing..
Jadi kita mesti.. bukan mesti lagi.. tapi kita kena wajib mensyukuri apa yang Allah dah bagi kat kita.

Tapi memang kadang-kala kita mesti sedih kan sebab kadang-kadang kelemahan yang ada pada kita membuatkan diri kita jauh dari orang lain.

Yalah,mungkin kawan kita yang lagi satu tue diberi nikmat kecantikan yang lebih berbanding kita.
Yalah,muka kita besa-besa jak.

Jadi itu yang membuatkan kita sakit hati,kecewa etc kan...
Come on,
Kan gue udah bilang, kita punya kelebihan juga..

Heheheheh,,,
macam nie lah.. biar pun kita nie tak lah cantik sangat sekadar besa-2x jak..xpe.. mungikn kita ada kelebihan yang kawan kita takde..

Contohnya macam saya,
Rupa tue tak lah cantik sangat tapi saya bersyukur sangat-sangat tau.
Tapi saya ada kelebihan..
Kelebihan yang ada pada saya ialah kemahiran seni.
Hahahaha... promote dri sendiri plak..

Tapi begitulah sebenarnya..
Semua manusia diciptakan dengan kecantikan..
Cuma masing-masing yang judge kecantikan itu macam mana.

Tapi bagi saya,
Kecantikan rupa paras tue xde maknanya,
Kecantikan tetap akan puda suatu hari nanti..

Tapi kecantikan iman,,
Tetap ini yang dicari-cari orang sekarang..

Tapi lelaki sekarang nie,,susah plak mau cari yang jenis macam nie,,Perempuan pun susah juga..
Tapi begitulah..
Orang yang beriman ini,
Allah tidak ciptakan ramai sangat,,
Mungkin da hikmah.

Sebabtu lah orang yng beriman akan sentiasa dicari-cari oleh jejaka atau wanita-wanita diluar sana.

Maklumlah kalau nak kahwin takkan nak yang macam kat lorong-lorong kan.. hehe

Jadi sekian saja ceramah saya kali nie.. Hhehehe da masa lapang,Saya ceramah balik erk.. hehehehe

WASSALAM..

enjoy video nie..


Wanita??~



Assalamualaikum...
Sebagai seorang wanita,tanggunjawab untuk menjaga diri sendiri amat penting,
Kerana wanita itulah segala galanya,
Jika rosak sedikit Wanita itu,
Maka banyak perkara yang akan berlaku...

Wanita,
Satu makhluk ciptaan Allah yang unik,
Mampu menjatuhkan seorang Adam,

Tetapi,
Wanita yang baik adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya dan tidak akan menghancurkan hidup si Adam itu.

Cinta??
Akan aku ceritakan cinta seorang hawa ini.

Alia , seorang gadis periang,sukakan kelasakan,sukakan keunikan hidupnya,Walaupun dia seorang yang kasar,Hidupnya masih lagi dibekalkan dengan ajaran Agama yang Kukuh,Kebanyakan kawan-kawannya berpegang teguh pada Agama.
 Tetapi satu sahaja yang membuatkan Alia jatuh,Dia tidak dapat menahan nafsunya untuk bercinta. Alah,maklumlah remaja sekarang,tidak dapat lari dari masalah bercinta. Tapi Alia lain,walaupun dia tidak dapat menahan dirinya daripada jatuh cinta,Dia dapat menahan dirinya untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai itu. Alia sebenarnya berpegang teguh kepada kata-kata ini.. ''Memendam rasa cinta itu umpama mati Syahid" . Sudah pasti Alia mampu. Tetapi semakin hari demi Hari,Alia tidak mampu untuk menahan cinta itu,. Walaupun begitu..

     Alia masih tetap menahan cintanya itu.Semoga suatu hari nanti apabila ada jodoh, Harap mereka akan diperjodohkan dengan kekasih hatinya...


Ajal ku Hampir Tiba


Aku sedar,
mungkin kematianku sudah hampir tiba,
kesakitan yang ku alami semakin terasa,
Mungkin tidak lama lagi aku akan menghembuskan nafas terakhir ku.

Tetapi aku belum lagi dapat merealisasikan impian ku,
Kekasih,
Maafkan aku kerana aku tidak dapat bersama denganmu selamanya,
Tetapi aku mohon kepadamu akan mendoakan ku di Sana,
Maafkan aku kerana masih belum mampu untuk membuatmu tersenyum,
Maafkan aku kerana cinta antara kita ini tidak dapat kekal di Dunia ini,
Tapi ku mohon..
Ya Allah semoga Kau tempatkan kami di tempat Orang yang beriman..

Ibu,
Maafkan aku kerana tidak dapat berbakti kepada mu,
Maafkan aku kerana merahsiakan kesakitan yang aku alami ini,

Ayah,
Maafkan aku,
Hanya setakat ini aku dapat berbakti denganmu,
Jaga Ibu,Jaga kakak,Jaga adik..
Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi pelapismu untuk menjadi Guru..

Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi Cubaan yang kau berikan..
Ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan,
Ku merintih,
Ku menangis,
Aku meratap,
Aku meminta,
Agar dosa ku diampuni..