♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Saturday, September 7, 2013

Ayat Cinta Sang Adam buat Hawa

Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji
Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaan-Mu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh, dihina.. sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini

Cinta..
Percayalah, andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa, seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku  ingin menimba ilmu Ilahi
Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi…

Kebahagiaan dalam pencarian


“Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
“Pernah lah,” jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”
“Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” jawab saya.
“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa sah!
Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, “terserah pada Allah, moga inilah jodohku..”
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu…
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya… insyaAllah! <3

Cinta? Ku diamkan sahaja


Cinta.. seperti tiada lagi yang hendak difikirkan selain itu..
             Cinta.. satu kata yang begitu bererti buat diriku..
Hati berbisik.. biarlah hati ini sahaja yang tahu.. Tidak perlulah dihebohkan ada sesiapa kerana hanya hati ini sahaja yang memahami. Dia yang jauh nun disana.. hanya doa sahaja yang mampu ku hadiahkan. Agar dirimu sentiasa dekat dengan pencipta..

            Memang tidak dapat dinafikan bahawa cinta itu fitrah dan normal. Agama juga tidak melarang perasaan itu kerana ianya fitrah. Cuma fitrah itu jangan dijadikan fitnah. Ada batasnya.. Jangan sampai memudaratkan.

           Ntahlah... Hanya Allah sahaja yang memahami perasaan ini... Ada dua insan yang bertakhta dihati. Akan ku cuba jaga hatiku agar Allah menjaga perasaan ini daripada melarat . Insan itu berad jauh dari pandanganku. Insn sorang pula hanya berada dihadapanku sahaja. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Mungkin bukan waktunya lagi untuk aku memikirkan soal siapa yang menjadi teman hidupku dan ayah kepada anakku suatu saat nanti. Tapi aku hanya ingin meluahkan isi hatiku. Mungkin hanya aku dan Allah sahaja yang memahaminya.

         Dia yang nun jauh disana,aku tidak pernah bertegur dengannya. Dulu aku selalu melihat insan itu bersama teman-temannya. Tapi tidak lagi hari ini. Mungkin perasaan ku ini pun dia tidak pernah tahu.. Argh!!! Inginku tepis perasaan ini,tapi fitrah ini tidak dapat ku halang. Tapi akan ku cuba untuk tidak menjadikan ia fitnah buat diriku. Erm sebenarnya aku tidak pernah bertegur dengannya. Bukan satu sekolah pun. Rapat pun hanya bermula dari laman maya. Mungkin ada yang yang akan kata perasaan tu sekejap sahaja. Mungkinlah kerana aku bukanlah seorang yang terlalu fokus pada percintaan.  HAHA.. tak fokuslah sangat.

        Sorang yang depan mata aku nie plak, memang konpom sangatlah x pernah bertegur pun. Apalagi tersenyum. Cukup saling mengenali isi hati masing-masing. Astaghfirullah. Semoga Allah menjaga hati ini. Ayahku pun sudah merestui. Tapi mungkin terlalu awal. Dia memang seorang yang baik. Tetapi masih belum cukup untuk menjadi bakal imamku. Sifatnya mungkin sosial sedikit. Tetapi masih solat. Erh!! Lain macam kan>> Tulah yang aku risaukan selalu. Kenapa perlu aku menyukai insan sepertinya. Tapi tidak ada manusia yang sempurna kecuali yang ma'sum iaitu nabi sendiri.

      Sebenarnya aku tidak mengharapkan yang lebih. Untuk pengetahuan. Aku tidak bercouple ok!! Cuma dalam hati ini memendam perasaan pada makhluk Allah yang mungkin suatu hari nanti menjadi penyeri hidupku. InsyaAllah amin~

      Tapi aku akan sedaya upaya untuk melupakan perasaan yang sia-sia ini. Mungkin nanti bila pergi jauh lagi. Ada yang lebih sesuai. Mungkin aku hanya patut fokus pada exam last semester nie. heheh Doakan kejayaan ku yaa.. Assalamualaikum. Hari lain akan aku coretkan lagi kisah hidupku di laman ini. ILLA MARDHOTILLAH.. :) :)