Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk menulis sesuatu yang bermakna dalam blog ini. Pada hari jumaat yang lalu hingga hari ahad kemarin, perkhemahan penghayatan Islam ada diadakan di Smk Ranau yang disertai oleh beberapa sekolah dari Daerah Ranau. Antaranya ialah Smk Datu Paduka Mat Salleh,Smk Agama Muhammad Ali, Smu Irsyadiah, Smk LOhan, dan Smk Kundasang.
Hati ini amat gembira kerana berpeluang memeriahkan program ini. Tugas saya sebagai Fasilitator dalam program ini. Banyak juga yang saya peroleh. Walaupun aktiviti ini tidak begitu teratur, bersyukur sekali kerana semua peserta program amat suka dengan program yang diadakan ini. Selain mengukuhkan ukhuwah sesama pelajar muslim, pengalaman yang baru dapat diperoleh daripada program ini. Walaupun tidak cukup tidur, tetap enjoy. Walaupun badan sakit-sakit kerana berada dalam keadaan tidak bersih semasa program ini, saya masih menguatkan semangat saya untuk sama-sama dengan adik-adik untuk memeriahkan program ini.
Benda paling saya gembira ialah semasa saya bertugas dalam menjayakan malam penghayatan program ini. Alhamdulillah dengan berkat "feel" yang saya ada tu, saya dapat mengeluarkan air mata para adik-adik. Mungkin disebabkan teks tersebut begitu menyedihkan ditambah dengan esakan tangisan saya kot. :)
Alhamdulillah, saya semakin merasai maksud sebenar Ukhuwah itu. Ia bukanlah sekadar kata-kata yang diungkap. Tetapi ia satu perasaan gembira dan bahagia. Dalam program ini saya dapat merapatkan hubungan silaturrahim saya dengan sahabat Rakan Daie Muda (RDM) sy.. Begitu gembiranya saya kerana dapat bekerjasama dengan rakan dakwah setelah sekian lama tidak bersama dengan mereka. Maklumlah semua kami belajar di tempat yang berjauhan.
Memang tidak terkecuali stres memang ada. Apa lagi dengan seorang ini. Terus terang saya katakan kebanyakan kami mungkin stres dengan seorang ini. Mungkin disebabkan kami tidak begitu sesuai dengan cara orang tersebut. Ya Allah , maafkan diri ini kerana tidak dapat mengawal diri memprotes dan berkata buruk mengenai orang ini. Tetapi diri ini sungguh tidak tahan lagi. Mungkin kita patut lupakan perkara tersebut.
Dengan adanya program ini, iman dapat dipertingkatkan setelah sekian lama iman semakin turun dan luntur. Dengan Muhasabah diri, iman dapat ditingkatkan, InsyaAllah. Hehehehe ntah apa lagi yang saya ingin tulis. Dah takdo idea.. hehe salam akhir dari saya.. Assalamualaikum .. ;)
