♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Saturday, July 13, 2013

Jom COUPLE... erh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum .

LELAKI : Waalaikumussalam


Saya TIDAK CANTIK~


"Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN :
✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANTIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..."

Ya Allah... hmmmm..

"Ya Allah Ya Tuhanku...
Isikan hati kami dengan kebaikan dan kesempurnaan agamaMU,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMU,
Indahkanlah mata kami melihat setiap ciptaanMU,
Kuatkan kaki kami ketika berjalan untuk menuju keredhaanMU,
Merdukan telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMU,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur imanMU,
Sucikanlah hati kami untuk menggapai rahmatMU,
Bersihkanlah jiwa kami untuk memiliki hidayahMU..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Berilah kekuatan untuk hambaMU ini dalam meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMU..
Amiin ya Rabbal 'alamin.."

Dia Cantik.. Tapi...


Diakui..dia cantik..sungguh cantik!
Bila upload saja gambar,
Ramai yang memuji,
Jumlah 'like' apatah lagi, 
Istimewanya..majoriti dari kaum Adam!
Ohh..sungguh teruja!

Namun sayang 1000 kali sayang,
Tanpa sedar,
Dia sebenarnya..
Telah me"rela"kan dirinya,
Menjadi santapan rakus pandangan sang lelaki!

Sedang hakikat wanita itu,
Saidatina Aisyah RA pernah mengatakan,
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”.

Betul Kan?

Bila lelaki add perempuan atau perempuan add lelaki..

mesti dia akan ckp "Salam ukhuwah fillah, semoga persahabatan diredhai Allah"
Lelaki/perempuan pun balas la "InsyaAllah..salam ukhuwah"

Lepas tu bermula lah perbualan yg berpanjangan..

Ermm~

Perkataan "Ukhuwah Filillah" mmg sgt mulia dan luas ertinya..

Dan dari situ juga terselitnya bisikan syaitan yg halus kononnya ukhuwah antara Lelaki dan wanita yg sgt mesra terjalin kerana Allah..

INGAT..aturan syaitan yg sudah m'punyai pengalaman utk menyesatkan manusia selama berjuta-juta tahun tentu mudah utk mengoda kita..

Padahal ukhuwah itu lebih byk dikuasai syaitan drpd dikuasai kebaikan..jauhi pergaulan bebas antara Lelaki dan perempuan yg bukan mahram kerana ia lebih kpd pergaulan nafsu..

#RENUNGAN BERSAMA#

Aku Sedih... :(


Dulu..ku lihat tudung muu labuh..tajam ilmu agama..
Kini..Allah,aku sedih...mana perginya tudung yg menutupi dada muu sahabat..mana perginya baju yg menutupi seluruh angota muu..mana pergi semua itu..sungguh GEMBIRA syaitan yg berjaya membawa kamu ke jalan nyaa..sungguh GEMBIRA syaitan laknatullah itu kerna kamu akn menemani nyaa di neraka..
Tapi sedih nya RASUL kita NABI kita..Cukuplah Baginda SAW
sudah banyak menangis semasa hayatnya
kerana kita, jangan pula selepas hayatnya
kamu melupainya...

Kepada muslimat yg sudah menutup aurat
ketahuilah kamu membuatkan Rasulmu
gembira denganmu...Jaga adabmu,akhlakmu
dan ibadatmu...Semoga dirahmati Allah...

* aku sedih ='(

::sebarkanlahdakwahbersama-sama::

KATA-KATA LELAKI KEPADA SEORANG WANITA (Baca sampai HABIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)


Aku paling menyampah,
Dengan status perempuan yang malu-malu,
Atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.
Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah,
Berada dalam landasan fikrah beragama,
Dari sekolah agama,
Belajar di institusi agama,
Tahu pasal agama.

Weyh perempuan !
Kalau kau kena mengorat,
Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat,
Garanglah sikit !
Bukan sekadar sombong je tapi garang !
Garang tahu tak?

Bukannya melemah-lembutkan suara,
Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan,
Konon hendak menjaga hati,
Tapi menimbulkan masalah hati pula,
Bagaimana tu?
Menjaga apa namanya?
Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?

Bukannya mengada-ngada,
Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir,
Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair,
Malu-malu tak kena tempat,
Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat,
Main mesej tanpa urusan muammalat,
Kemudian kau salahkan lelaki?

Bagi aku lah kan,
Kau yang tak tegas,
Terlalu berlemah lembut tak kena tempat,
Bajet ayu untuk memikat,
Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian,
Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang,
Konon-konon kitalah muslimah solehah,
Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah,
Katanya :
"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati,urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, Adam ini ego tak menerima nasihat"
Alasan yang dah basi.

Itu semua poyo !
Wahai perempuan,
Jaga diri boleh tak?
Tegas dan garang!
Walaupun kau tu muslimah,
Jadilah tegas dan garang !
Tak payah nak berlembut sangat.
Biar lelaki benci !
Jangan lelaki jatuh hati !
Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau,
Kau bangga ke?
Daripada dia berkopiah langsung tak berambut,
Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik,
Hilang sudah seorang pejuang agama,
Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.

Maaflah kalau aku berkasar,
Bagi aku seorang muslimah solehah,
Dia mesti tegas !
Sebab dia tahu maruah diri dia di mana,
Dia tidak boleh berlembut sesuka hati,
Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai,
Lihat Zainab Al Ghazali,
Ummu Salamah,
Saidatina Aisyah,
Asiah,
Kerana agama mereka dibenci,
Kerana lantang bersuara mereka dicaci
Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama,
Tak pernah pun lelaki mengorat mereka,
Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama,
Jika ada yang mahu menyunting,
Mereka mendapatkan secara terhormat,
Tak pernah mengorat secara dekat.

Wahai muslimah,
Yang ada fikrah agama,
Jika ada yang mahu mengorat anda !
Sila salahkan diri sendiri,
Refresh diri,
Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?
Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?
Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?

Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut,
Ayu dan terlalu memikat,
Namun sangat pengecut untuk bertegas,
Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya,
Apa? Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?
Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?
Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?
Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?

Maafkan aku jika berkasar,
Aku sudah muak + menyampah,
Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat !
Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat,
Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat,
Biar lelaki benci !
Jangan sampai mereka jatuh hati !
Aku penatlah.
Penat melayan semua ini.

Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?
Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, sentuh dan mengorat kau lagi !

Serius !
Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu,
Perempuan yang tiada tunang, pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu,
Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu :
"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu dengan slumber, bersuaralah pada kebenaran tanpa rasa segan, jangan terlalu menjaga penampilan sampai di depan cermin berjam-jam untuk menarik perhatian, berdakwah tanpa rasa gentar, berbuat baiklah tanpa rasa malu, buatlah apa jua tanpa menghiraukan keadaan yang melanda"
Kerana mereka tahu juga :
"Sampai suatu saat kau akan diuji dengan berat dan ketika itu kau amat memerlukan bantuan, Allah akan menghadiahkan kau seorang suami soleh untuk dijadikan teman"
Relaks, tak payah nak berlembut dan bajet ayu sangat sampai tak bergerak dalam persatuan,
Kau buat je apa sahaja dengan slumber,
Bila sampai masanya,
Allah akan bagi juga,
Si dia yang soleh di depan mata.

Yang ni ada kau aktif berpesatuan?
Ada kau slumber berdakwah tanpa segan?
Ada kau menuntut ilmu sampai pengsan?
Ada kau berani bersuara atas kebenaran?
Ke masih bajet ayu dan malu dalam pergaulan dan berpesatuan?
Kemudian lelaki mengorat kau bangga dan tak henti-henti meroyan?

Pleaselah~
Tepuk dada tanya diri.
Maafkan hamba jika terkasar bahasa

Renungan bersama~


Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". Kemudian Ibnu Munkadir berkata: "Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah". Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi..