♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Saturday, September 15, 2012

KISAH HATI


Kisah hati siapa, ya? Ia langsung tiada kaitan dengan cinta kaum Adam dan Hawa. Sebaliknya, cinta kepada Allah melalui aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji. Ini juga dikatakan CINTA. Cinta yang abadi antara hamba dan Penciptanya.
Gabungan ketiga-tiga (aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji) inilah yang menjadi tunjang dalam membentuk peribadi muslim yang unggul - yang melahirkan keindahan Islam melalui perwatakan dan sahsiah yang baik yang ditunjukkan oleh individu muslim.

Ya, KISAH HATI. Kisah hati seorang insan bergelar muslimah yang hatinya telah disentuh oleh seorang muslim yang hanya tahu bermain dengan kata-kata. Tetapi Allah amat menyayangi dirinya dengan membuatkan dia sedar bahawa ini bukanlah yang dinamakan cinta yang abadi. Bukan ini yang digariskan oleh Islam.
"Ana dah jatuh hati pada enti.."
Siapa sangka ayat yang sengaja dibuat-buat itu membuatkan hatinya tercuit. BENAR. Hati seorang perempuan mudah disentuh, mudah dilenturkan. TAPI jangan kalian yang bergelar lelaki lupa bahawa kami sentiasa ada Allah yang menjaga kami, yang mengawasi setiap tindak-tandukmu, yang sentiasa mengerti isi hatimu.
Rupa-rupanya, ada kekurangan pada ayat itu yang membuatkan kami tahu bahawa ini bukanlah cinta yang sebenar yang indah.
"Ana dah jatuh hati pada enti...DAN mahu menjadikan enti sebagai isteri."
JANGAN dilafazkan kata 'suka' kalau masih belum bersedia. Kalau hanya sekadar 'suka-suka'. SOAL HATI bukanlah mainan. Hati yang dimiliki ini juga memiliki kekurangan, kecacatan.
Bukan harta yang dicari dan bukan rupa yang didambakan. Tetapi akhlak yang soleh, keikhlasan dan kejujuran yang diidamkan. BERILMU dan BERAKHLAK mahmudah, sungguh indah sekiranya dipadankan.
Sudah cukup Allah bagiku. Terasa indah setiap kali bersamaNya. BENAR. Cinta Allah, jelas diperlihatkan olehNya. Nikmat hidup, sihat, iman dan Islam, tanda Dia sayang pada kita.
Tetapi cinta manusia, belum tentu jelas terpampang di hadapan mata. Pengorbanan dan kesetiaan seringkali hilang dalam sesuatu perhubungan. Tetapi tidak seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Tidak seperti Yusuf dan Zulaikha. Apatah lagi tidak seperti Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah. Pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran sentiasa menghiasi mereka. Sungguh INDAH Islam mengatur perjalanan hidup mereka.
Oleh sebab itu, jangan sesekali melafazkannya kalau kalian tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki. Kerana hati mereka sungguh tulus dan ikhlas dalam mencintai dan mengasihi dan sentiasa dipelihara oleh Allah.

Jiwang Karat Bersalut Islamik



Tapi....
Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti..
"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"
"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?"
"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti..."
"Kasih saya hanya untuk suami"
Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di'post' di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.
Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.
Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!

Kenapa saya titikberatkan hal ini?
Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(Surah an-Nur ayat 26)
Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?
Sedangkan Allah telah berfirman lagi:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut ayat 2)
Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!

Cinta Tidak Seharusnya Diungkap






CINTA???
kata kata yang penuh dengan misteri..
kata kata yang penuh maksud tersurat dan tersirat..
kata kata yang menjadi bualan ramai ketika ini..

CINTA???
perlukah aku mendapat cinta??
adakah cinta aku pada seseorang itu perlu??
bagaimana rasa cinta itu??
adakah cinta itu menguntungkan ku???

Baiknya jika aku meneruskan hidupku tanpa mengagumi cinta yang tidak akan kekal abadi itu. Ya mungkin aku perlukan cinta tapi bukan waktu ini. Hidup ku diulit masalah yang tidak ada kesudahan. Patutkah aku melayani nafsu ku untuk bercinta?? Layakkah seorang wanita yang "biasa-biasa saja" ini untuk bercinta sedangkan masalah yang ditanggung terlalu  menggunung??

Ada lebih baiknya jika aku memendamkan saja perasaan itu jauh ke dalam lubuk hatiku. Tidak seharusnya perasaan itu hadir sesaat pun didalam lubuk hatiku. Ya.. ramai kawan-kawan ku yang mengatakan, "beb,bila bercinta nie,masalah boleh share, tidak terlalu terbeban,hidup  pun bagai diawang-awangan"

No!!!!! kata-katamu itu salah  "KAWAN" .. Tidak perlulah aku hidup lagi kalau hanya itu sahaja yang mampu aku fikirkan, Lihat , aku ada ibu bapa, adik beradik ku ramai.. 5 orang.. termasuk aku,6 lah. Buat apalah aku  "bersharing" dengan  kekasih, kekasih tue bukan mengenali aku sangat. Nanti masalah lain yang merumitkan aku akan timbul. So no!!

Tapi,,,,,~
aku bukan seorang yang HIPOKRIT!!
ya.. aku memang tidak lari dari meminati seseorang dan aku juga tidak lari dari diminati ramai.
bukan hendak "mintapuji" .. jujur tidak salah bukan??
ya, aku berusia 18 tahun, tidak terlalu cantik. Aku 
"biasa-biasa saja".. Tapi  peminatku lebih dari 10.. HAHAHAAHHA  lawakkan??tapi maaf,
Aku meminati seorang jejaka yang berumur 25 tahun. Tidak salah kan??
SHHHHH!! Rahsia ini harus disimpan. Kalau dia tahu, pasti dia akan menjauhkan dirinya dari ku. 

Sudah lama aku menyimpan perasaanku kepadanya tetapi aku tidak ada keberanian untuk mengungkapkan padanya.
well!! agama ku ada mengajar bahawa "orang yang menyimpan perasaan terhadap seseorang  tanpa mengungkapkannya umpama mati syahid" ..

So,biarkan aku mati syahid. Tidak mengapa. Kalau ada jodoh takkan kemana bukan??
so,hingga saat ini, perasaan itu masih  ku rahsiakan  dari pengetahuan orang ramai termasuk ibu bapaku,keluargaku,kawan karib,dan dia tentunya.~