banyak versinya. Ada versi Jawa
Barat, Jawa Timur dan
Melayu. Konon Nyi Roro Kidul itu tak lain
adalah seorang jin yang
mempunyai kekuatan dahsyat.
Hingga kini masih ada saja orang
yang mencari kekayaan dengan
jalan pintas iaitu dengan menyembah Nyi Roro Kidul.
Mereka dapat kekayaan
berlimpah tetapi harus
mengorbankan keluarga dan
bahkan akan mati sebelum
waktunya, jiwa raga mereka akan dijadikan budak bagi
kejayaan Keraton Laut Selatan. ini cerita tambahan Kanjeng Ratu Kidul Di suatu masa, hiduplah seorang
puteri cantik bernama Kadita.
Kerana kecantikannya, ia pun
dipanggil Dewi Srengenge yang
bererti matahari yang indah.
Dewi Srengenge adalah anak dari Raja Munding Wangi. Meskipun
sang raja mempunyai seorang
puteri yang cantik, ia selalu
bersedih kerana sebenarnya ia
selalu berharap mempunyai anak
laki-laki. Raja pun kemudian berkahwin dengan Dewi Mutiara,
dan mendapatkan putra dari
perkawinan tersebut. Maka,
bahagialah sang raja. Dewi Mutiara ingin agar kelak
anaknya itu menjadi raja, dan ia
pun berusaha agar keinginannya
itu wujud. Kemudian Dewi
Mutiara datang menghadap raja,
dan meminta agar sang raja menyuruh anaknya pergi dari
istana. Sudah tentu raja
menolak. "Sangat menggelikan.
Saya tidak akan membiarkan
sesiapa yang ingin bertindak
kasar pada putriku ", kata Raja Munding Wangi. Mendengar
jawapan itu, Dewi Mutiara pun
tersenyum dan berkata manis
sampai raja tidak marah lagi
kepadanya. Tapi walaupun
demikian, dia tetap berniat mewujudkan keinginannya itu. Pada pagi harinya, sebelum
matahari terbit, Dewi Mutiara
mengutus pembantunya untuk
memanggil seorang dukun. Dia
ingin sang dukun mengutuk
Kadita, anak tirinya. "Aku ingin tubuhnya yang cantik penuh
dengan kudis dan gatal-gatal.
Bila engkau berjaya, maka aku
akan memberikan suatu ganjaran
yang tak pernah kau bayangkan
sebelumnya. "Sang dukun menuruti perintah sang ratu.
Pada malam harinya, tubuh
Kadita telah dipenuhi dengan
kudis dan gatal-gatal. Ketika dia
terbangun, dia menyedari
tubuhnya berbau busuk dan dipenuhi dengan bisul. Puteri
yang cantik itu pun menangis
dan tak tahu harus berbuat apa. Ketika Raja mendengar khabar
itu, beliau menjadi sangat sedih
dan mengundang banyak tabib
untuk menyembuhkan penyakit
anaknya. Beliau sedar bahawa
penyakit anaknya itu tidak wajar, seseorang pasti telah
mengutuk atau mengguna-
gunainya. Masalah pun menjadi
semakin rumit ketika Ratu Dewi
Mutiara memaksanya untuk
mengusir puterinya. "Puterimu akan mendatangkan kesialan
bagi seluruh negeri, "kata Dewi
Mutiara. Kerana Raja tidak
menginginkan puterinya menjadi
fitnah di seluruh negeri,
akhirnya beliau terpaksa meluluskan usul Ratu Mutiara
untuk menghantar anak perempuannya ke luar
dari negeri itu. Puteri yang malang itu pun pergi
sendirian, tanpa tahu ke mana
harus pergi. Dia hampir tidak
boleh menangis lagi. Dia memang
mempunyai hati yang mulia. Dia tidak
menyimpan dendam kepada ibu tirinya, malahan ia selalu meminta
agar Tuhan mendampinginya
dalam menanggung penderitaan .. Hampir tujuh hari dan tujuh
malam dia berjalan hingga
akhirnya tiba di Lautan
Selatan.
Dia memandang
samudera itu. Airnya bersih dan
jernih, tidak seperti samudera yang lain yang airnya biru atau
hijau. Dia melompat ke dalam air
dan berenang. Tiba-tiba, ketika
air Lautan Selatan itu
menyentuh kulitnya, mukjizat
terjadi. Bisulnya lenyap dan tak ada tanda-tanda bahawa dia
pernah kudisan atau gatal-gatal.
Malahan, dia menjadi lebih cantik
daripada sebelumnya. Bukan
hanya itu, kini dia mempunyai kuasa
untuk memerintah seisi Samudera Selatan. Kini ia menjadi
seorang peri yang disebut Nyi
Roro Kidul atau Ratu Pantai
Samudera Selatan yang hidup
selamanya.

