"Manusia mempunyai dua jenis memori iaitu
memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Memori jangka masa
pendek mengandungi peristiwa-peristiwa yang baru berlaku dan akan hilang
dengan cepat daripada ingatan. Manakala, memori jangka masa panjang
pula ialah ingatan secara am terhadap apa-apa yang telah berlaku sebelum
ini. Malah, ada juga memori tersebut imbauan daripada kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang ketika kanak-kanak
Memori Bergambar
Terdapat juga memori bergambar (memori eidetic) yang hanya
dipergleh0oleh indivitu tertentu. Mereka 8ang memeliki ke`ebihan memori
bergambar ini mampu merakam semula setiap detik yang dialami mahupun
tulisan-tulisan yang dilihat secara sepintas lalu. Tidak ramai manusia
yang memiliki kelebihan seperti ini. Segelintir kanak-kanak ialah mereka
yang memiliki kelebihan memori bergambar ini.
Proses mengingat
ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu memperoleh/merakam peristiwa,
menyimpan dan meluahkan atau mengingat kembali. Apa-apa sahaja memori
yang dirakam perlulah disaring terlebih dahulu dan dijadikan kod-kod
tertentu agar memudahkan individu untuk mengingat kembali.
Menyimpan Memori
Kelebihan menyimpan memori berbeza-beza antara individu dengan individu
yang lain. Setiap peristiwa yang dirakamkan perlulah disimpan dengan
baik agar memudahkan kita untuk mencarinya semula apabila diperlukan.
Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita akan masuk ke dalam
ruang ingatan jangka masa pendek terlebih dahulu. Secara saintifik,
ruang memori jangka masa pendek terhad.
Manusia hanya mampu
mengingat enam peristiwa yang tidak berkaitan sahaja dalam satu-satu
masa. Biarpun kita mampu mengingat lebih daripada tujuh digit nombor
sekali gus, kita sesekali akan mengalami kesukaran jika digit tersebut
lebih daripada apa yang mampu kita ingati.
Memori Jangka Masa Panjang
Setiap peristiwa yang disimpan dalam ruang jangka masa pendek tidak
berada di sini selama-lamanya kecuali jika kita sentiasa menjalankan
aktiviti mengingat secara latih tubi. Peristiwa terakhir yang berlaku ke
atas seseorang manusia ialah memori paling mudah untuk diingati.
Kadang-kadang peristiwa yang berlaku terus masuk ke ruang ingatan
memori jangka masa panjang yang sifatnya lebih luas dan efektif. Namun,
tiada siapa tahu bagaimana setiap mekanisme ruang memori bekerja dan
bagaimana memori itu sendiri disimpan di dalam fikiran kita.
Sesetengah pakar berpendapat bahawa setiap peristiwa disimpan mengikut
perubahan yang berlaku ke atas anggota badan manusia. Justeru, manusia
memerlukan ruang memori paling canggih untuk menyimpan setiap informasi
yang diperoleh. Manusia juga perlu sentiasa mengekalkan ruang ingatan
yang efektif agar pencarian setiap peristiwa besar dan kecil dapat
diluahkan semula apabila dikehendaki.
Satu perkara penting
yang harus 揹iingat?ialah kaedah mengingat ini memerlukan teknik-teknik
tertentu. Kita tidak perlu mengingat segala peristiwa secara terperinci,
memadailah dengan mengaitkan peristiwa yang baru berlaku dengan
peristiwa yang hampir sama dengannya yang telah lama kita simpan. Cara
ini lebih mudah dan kita tidak perlu menyimpan banyak informasi yang
bertindih.
Apakah Memori?
Memori dikategorikan
sebagai satu mekanisme otak untuk bergerak dan berfungsi. Memori ialah
jalinan setiap elemen yang terdapat di dalam otak manusia. Memori
dikatakan mampu menstimulasikan otak agar bertindak waras atau
sebaliknya dengan system limbik (limbic) dalam otak manusia (serebelum)
Amnesia (Kehilangan Memori)
Amnesia terjadi kerana beberapa perkara. Antaranya termasuk kerosakan
yang berlaku ke atas otak manusia yang menyebabkan otak retak, strok,
dan sebagainya. Umur yang lanjut juga salah satu faktor menyebabkan
amnesia. Selain itu, kekuatan otak untuk mengingat juga sangat
bergantung kepada tahap kapasiti ruang ingatan menampung semua memori.
Faktor psikologi seperti emosi keterlaluan juga menyebabkan amnesia.
Masalah Harian
Bukan semua individu yang tidak dapat merakam peristiwa ke dalam jangka
masa panjang dikategorikan amnesia. Cuma, mereka mungkin mengalami
masalah untuk mengingat kembali peristiwa yang telah mereka simpan.
Lazimnya, manusia mempunyai banyak cara selain mengingat kembali
peristiwa dari jangka masa panjang itu. Antaranya termasuk hipnosis yang
telah lama digunakan dalam dunia psikiatri.
Kaedah menyebut
juga efektif untuk mengingatkan kembali apa-apa yang telah disimpan.
Sesetengah orang ingat perkataan pertama atau peristiwa pertama yang
dialaminya tetapi lupa sebahagiannya. Maka, cara penyebutan ini amat
mujarab bagi mereka yang suka kaedah ini.
Bagi mereka yang
mengalami penyakit Alzheimer tentu menghadapi kesukaran kerana individu
yang menghidap penyakit ini langsung tidak mampu mengingat pada jangka
masa pendek mahupun panjang. Mereka perlu sentiasa mengingat dengan
siapa mereka bercakap, di mana dan kenapa mereka berjumpa. Kesukaran
mengingat bukanlah suatu perkara yang serius, namun ia perlu diambil
berat kerana ia mungkin menyusahkan apabila kita langsung tidak boleh
mengingat orang yang telah memasuki rumah kita!
Mengingat Secara Berkesan
Walaupun tiada suatu teknik yang mampu memberi kekuatan kepada ingatan
manusia namun satu cara mudah untuk mengingat adalah dengan cara
mnemonics. Ia adalah cara mengingat menggunakan irama, rentak, dan
melodi tertentu. Suatu lagi cara berkesan adalah dengan meletakkan
setiap objek yang hendak diingat di setiap ruang rumah, anda hanya perlu
pergi ke setiap ruang dan mengingat kembali objek tersebut. Jika anda
mampu menyuntik sedikit kata-kata lucu di dalamnya lebih baik. Kita
perlu menggunakan semua ruang ingatan kita dengan baik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment