♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Sunday, November 18, 2012

Ajal ku Hampir Tiba


Aku sedar,
mungkin kematianku sudah hampir tiba,
kesakitan yang ku alami semakin terasa,
Mungkin tidak lama lagi aku akan menghembuskan nafas terakhir ku.

Tetapi aku belum lagi dapat merealisasikan impian ku,
Kekasih,
Maafkan aku kerana aku tidak dapat bersama denganmu selamanya,
Tetapi aku mohon kepadamu akan mendoakan ku di Sana,
Maafkan aku kerana masih belum mampu untuk membuatmu tersenyum,
Maafkan aku kerana cinta antara kita ini tidak dapat kekal di Dunia ini,
Tapi ku mohon..
Ya Allah semoga Kau tempatkan kami di tempat Orang yang beriman..

Ibu,
Maafkan aku kerana tidak dapat berbakti kepada mu,
Maafkan aku kerana merahsiakan kesakitan yang aku alami ini,

Ayah,
Maafkan aku,
Hanya setakat ini aku dapat berbakti denganmu,
Jaga Ibu,Jaga kakak,Jaga adik..
Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi pelapismu untuk menjadi Guru..

Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi Cubaan yang kau berikan..
Ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan,
Ku merintih,
Ku menangis,
Aku meratap,
Aku meminta,
Agar dosa ku diampuni..





No comments:

Post a Comment