Assalamualaikum,hari nie penuh dengan kepenatan dalam diri. biasalah sibuk menyiapkan diri untuk pertandingan nasyid 21 hb ini. 21-26hb pula perkhemahan LAKEP akan berlangsung.Kepenatan amat menyelubungi diri.
Tapi demi Allah,saya sanggup menggadaikan masa saya. Hari ini,hati begitu hiba sekali apabila melihat ramai junior-junior dari sekolah saya yang lupa akan dunia. Tidak terkecuali juga beberapa guru dalam sekolah saya. Air mata ini hampir mengalir akibat melihat gambar mereka di laman sosial facebook. Tidak dapat diakui lagi ramai remaja saat ini yang terlalu lalai dengan arus dunia yang menyebabkan mereka terbuai dengan kemudahan teknologi saat ini.
Saya memang sedih bila melihat adik junior saya yang lain sesat dengan dunia mereka sendiri. Bayangkan pelajar muslim begitu mudah menayang aurat dan memakai pakaian seksi hanya sebuah majlis PROM. Inilah perbuatan seorang ketua yang tidak bertanggungjawan. Bukan saya ingin katakan apa.Tapi ketua dalam kelab sekolah itu semuanya beragama kristian.Jadi mereka tidak mempunyai halangan untuk memakai pakaian yang menjolok mata.
Tapi apa yang tidak dapat percaya.Kebanyakkan ahli kelab yang pergi ke majlis Prom Night itu beragama ISLAM dan pakaian mereka semuanya tidak menutup aurat dan amat menjolok mata. Dengan pergaulan mereka yang tidak terbatas itu amat mengecewakan. Apa yang hendak jadi dengan remaja saat ini.
Bagaimanalah umat ISLAM nanti???
Ya ALLAH,
hati ini amat sedih,
maafkan hambaMu ini kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab untuk mendidik mereka .

No comments:
Post a Comment