♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Wednesday, February 26, 2014

Kata-kata kosong..

Kala ini aku terduduk rapi sambil melihat dan merasai angin yang melambai-lambai meninggalkanku.
Baru hari ini rasanya aku berani untuk menulis kembali diari teknologiku setelah lama basi dimamah tarikh.

Aku kalut takut untuk berkata-kata lagi setelah perkara itu berlaku.
Masihkah ada peluang untukku.
Kalian pasti kebingungan seperti ayam dipotong leher.
Tidak tahu apa yang sedang aku katakan.

Sebenarnya tidak lain dan tidak bukan.
Pasti aku menceritakan tentang kehidupan dan perasaanku.
Ya perasaan yang mungkin dibalas atau tidak.

Suatu perkara yang tidak ingin dan tidak sanggup orang lakukan ialah mencinta dan menunggu insan yang jauh dari mata.
Itu situasiku sebenarnya.

Perlukah aku mengharap insan yang amat aku kagumi dan sayangi ini walaupun dia mungkin tidak menyimpan perasaannya padaku.
Aku sebenarnya kebingungan menghadapi situasi yang tidak pasti ini.

Kau yang ku gelar A.
Ku kan menunggumu 5 atau 6 tahun lagi.
Walau begitu lama.
Aku berani dan tida ragu-ragu untuk merindui dan mencintai dirimu.

Aku sungguh yakin untuk jadikan dirimu bakal imamku dan ayah kepada anakku.
Jadi mohon sekali kau terima diri yang hina ini.

Aku tahu mungkin ada yang bertakhta dihatimu.
Tapi mohon agar kau fikirkan kembali situasi ku ini.

Kita tidak pernah bersua apa lagi berbicara.
Tapi aku ingat!!
Aku pernah melihat mu di depan mataku.
Tapi oleh kerana kau menuntut ilmu,
Semakin jauhlah jarak kita.
Tidak mengapa.
Teknologi kan ada.
Semua teknologi yang kau guna aku tahu.

Mohon diri ini berhenti menulis dan disambung di kemudian hari.
Mungkin kadar jiwang terlalu membuat kalian murung.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment