Alhamdulillah,
Syukur pada Allah kerana memberi pinjam kegembiraan yang tidak tergambar pada hari ini,
Syukur kerana aku masih diberi kekuatan untuk mengungkapkan kebenaran di sudut hatiku ini,
Bukanlah aku tidak mampu bersabar.
Tetapi mungkin sudah ditetapkan bahawa hari inilah penentu segalanya.
Alhamdulillah,
dirinya redha untuk merelakan diriku untuk menunggu sehingga dirinya bersedia untuk diriku,
Subhanallah betapa gembiranya diri ini.
Tidak mampu aku gambarkan.
Tidak sia-sia aku menunggunya bertahun-tahun,
Tidak sekali pun aku menceritakan kisah ini pada orang lain,keluargaku atau sahabatku sendiri.
Biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya.
Wahai bakal imamku,
Meskipun aku harus menunggumu begitu lama,
Aku akan berusaha tetapkan pendirianku ini,
Semoga Allah memberkati isi hati yang terpendam ini.
Tidak lama lagi kau akan jauh beribu batu dari keluarga ,saudaramu dan begitu juga aku,
Maka kuatkanlah imanku,kuatkan semangatmu,kuatkan hatimu agar semuanya berjalan lancar seperti yang kau harapkan,
Mengadulah padaNya sekiranya kau buntu dan perlukan pertolongan,
Sesungguhnya Dialah yang sentiasa membantu mu dimana kau berada.
Tidak mengapa,
Aku disini juga akan kuatkan semangatku menggapai cita-citaku,
Aku akan sentiasa kuatkan imanku,begitu juga hatiku agar hatiku sentiasa terjaga.
Bangkitkan semangatmu meneruskan perjuangan,
Tidak mengapa, 4-5 tahun lagi,
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi,
Cukuplah kenangan hadiahmu ini membangkitkan semangatku disini.
Wasalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment