♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Wednesday, December 4, 2013

Cerita tentang cinta



Setiap manusia butuh kasih sayang. Begitu jugalah diriku ini. Walaupun luarannya seorang periang,tetapi sebenarnya aku juga kesunyian. Kadang-kala pernah diri ini terfikir. Adakah aku psycho. Kerana diriku ini bukanlah seperti orang lain. Tidak perlulah aku ceritakan setiap inci kepelikan diriku ini. Aku, manusia yang sederhana dari segi apa pun. Kadang kala tidak lari dari ingin disayangi. Kadang-kala, aku jelous juga. Wow dorang tu sweet sangatlah. Ada orang nak take care. Sebenarnya aku juga tidak terkecuali daripada ingin menyayangi seseorang. bukan bukan seorang tapi dua orang. Arggghhh!! Cukup kalut fikiran ini. Tapi aku berfikir, adakah aku akan memperoleh kebahagiaan bila aku lakukan perkara itu? Yalah maksud aku BERCINTA. Hurm.. bagi aku, sebenarnya cinta tidak salah, tapi cinta yang membabi buta tanpa dikawal itu memang salah.

Diri ini memang menyukai seseorang. Tetapi aku tidak pernah menceritakan apa lagi meluah perasaan itu. Aku percaya. Allah akan sentiasa memberi yang terbaik buat hambanya. Jadi walau apa pun yang berlaku,aku tidak perlu terhegeh-hegeh meraih cinta. Yang perlu berdoa dan terus berdoa semoga diberi jodoh dan pendamping yang diredhai Allah. Pernah sekali diri ini berbisik. " Kalau tak luahkan, melepas lah " . Hurm..ada terfikir juga. Tapi ku tepis bisikan itu. Itu hanya bisikan yang akan membawa ku kearah zina sahaja.

Cinta dan kasih sayang yang tidak dikawal oleh perasaan kita sendiri akan membawa kepada kejatuhan martabat dan harga diri kita sendiri. Oleh itu,fikirlah yang terbaik. Carilah cinta yang halal.Elakan perkara yang membawa kepada perzinaan. Wallahu alam.

No comments:

Post a Comment