"Percaya Diri
Keyakinan diri adalah
kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang
terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan
bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak
langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.
Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian
belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri
sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan
anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak
balas yang lebih baik.
Lelaki Lucu
Jangan bercakap
terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar
tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan
membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem
atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar
si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu
daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari
idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu
anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda
jiwanya.
Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan
lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal
atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak
berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan
penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh
wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal
pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.
Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan,
selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam
otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara
baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak
semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya.
Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda
seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki
yang kelihatan intelek.
Suka Kanak-Kanak
Wanita
menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam
pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah
tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda
layak menjadi bapa yang penyayang.
Bijak Berdandan
Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain
pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi
tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment