♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Thursday, September 20, 2012

Siapakah Adolf Hitler?




Dilahirkan pada 20 April 1889 di Gasthof zum Pommer (sebuah penginapan di Braunau am Inn), Austria, Adolf Hitler adalah seorang pemidato yang sangat berkarisma. Kemampuannya dalam berorasi itu pulalah yang menjadikannya berjaya memperoleh sokongan untuk menjadi pemerintah Jerman. Kerjaya politik pertama Hitler adalah menjadi pengurus Parti Buruh Jerman (Nazi / DAP) pada bulan Julai 1921. Melalui kemampuannya dalam berorasi, Hitler kemudian terpilih menjadi ketuanya. Setelah itu, ia menukar nama DAP menjadi Parti Nazi (NSDAP), yang kemudian lebih terkenal dengan sebutan Parti Nazi. Pada tahun 1929, NSDAP atau Nazi menjadi pemenang majoriti dalam pemilihan umum. Kerana kemenangan itu, Hitler dilantik menjadi Canselor oleh Presiden Jerman masa itu, Paul von Hindenburg. 
                  

       Ketika von Hindenburg meninggal pada 2 Ogos 1934, Hitler menyatukan jabatan Canselor dan Presiden menjadi Führer, sekaligus menjadikan Nazi sebagai parti tunggal di Jerman. Sejak itulah Adolf Hitler menjadi diktator Jerman. Dalam usaha mengembalikan Jerman yang runtuh akibat Perang Dunia I, Hitler memerintah dengan menetapkan pemerataan ekonomi, meningkatkan lapangan pekerjaan dan cara-cara umum, serta projek-projek umum. Ia juga menyalahkan komunisme dan Yahudi atas situasi ekonomi yang buruk di Jerman. Polisi-polisi yang diambil Hitler tidak selamanya diluluskan atau dipersetujui oleh partinya. Namun Hitler menjawab ketidaksetujuan itu dengan pembunuhan. Pada Jun 1934, terjadi peristiwa yang disebut "Nacht der langen Messer" (Malam Pisau Panjang), ketika Hitler dan penyokongnya membunuh para penentangnya dalam parti Nazi. Sama seperti Mussolini di Itali, Hiler juga berpendapat bahawa bangsa berevolusi melalui perang, dan bangsa-bangsa yang lebih rendah layak diperangi dan dimusnahkan.


      Oleh itu, Hitler pun mengeluarkan surat perintah untuk menghabisi semua orang yang kurang upaya, lemah mental, atau berpenyakit keturunan, kerana dianggap sebagai parasit yang mengancam kemurnian rakyat Jerman dan menghalang kemajuan evolusi. Kemuncaknya, Hitler mulai menceroboh negara lain. Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat dan udara secara kilat). Penyerangan itu mencapai kemenangan yang gemilang. Tetapi serangan itu pula yang kemudian mencetuskan pecahnya Perang Dunia II, ketika Inggeris dan Perancis menyatakan perang terhadap Jerman. Hitler tak peduli, ia terus menceroboh wilayah-wilayah lain, hingga Perang Dunia II benar-benar pecah dan melibatkan banyak negara. Perang Dunia itu berakhir dengan kekalahan Jerman, dan kemenangan Sekutu. Pada akhir 30 April 1945, ibu kota Jerman, Berlin, dikepung oleh Kesatuan Soviet. Adolf Hitler tahu riwayatnya akan segera tamat. Maka ia pun memutuskan untuk bunuh diri bersama isterinya, Eva Braun, yang dinikahinya sehari sebelumnya. Pada hari itu, Hitler bunuh diri bersama isterinya di bunker mereka, dengan cara menembak kepalanya sendiri. Sebelum melakukan tindakan tersebut, Hitler menyalami para pengawalnya yang masih setia, dan berpesan kepada mereka supaya membakar mayatnya, agar tidak jatuh ke tangan musuh.

No comments:

Post a Comment