Best cerita ni...luangkan masa anda untuk membacanya..
.Sebagai pengajaran.. .Insya Allah
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa,
seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan
seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya
benar-benar membimbangkan ibu.
Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari
Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru
al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik
memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku
pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik
berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita
pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang
tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun
selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni,
walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang
kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar
lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah
kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya
bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami,
timbul desas desus mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang
menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya
kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,
bisu dan tuli?"
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat,
pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius
kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.
Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang
benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram
atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan
tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula
tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana
saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah
seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang
datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...
saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka
beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak
ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih
menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan
pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja
di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di
sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya
pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti
berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya
usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah
ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....
saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera
menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu,
"Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air
mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan
lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak
sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik
baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan
isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas
airmata)
Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar
seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu
datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih
kelihatan cantik
Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu
milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh
menolaknya?
Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya
memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah
kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak
wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik
bagaimana?
Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan
seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki,
segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang
kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau
makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir
batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia
..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu
dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun
masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi
tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu
dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang
mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai
akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti
tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat
semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung,
itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat
, bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia
akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang
yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun
tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan
gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan
anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama
lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan
lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib
dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa
hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa
bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya
namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang
berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah
SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara
hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa
nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha
Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini
tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari
pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita
yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah
mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah
berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima
adikku disisinya..Amin
Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar
bagi kita semua.
Wassalam...




No comments:
Post a Comment