♥♥بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

ايمان متيارا هيدوڤ

نورول توفيقيه بوهايلي

نورول توفيقيه بوهايلي

Monday, September 16, 2013

Kerana Kau~



Rahsia ini tidak ada siapa yang tahu kecuali aku dengan Maha Pencipta,
Semua ini tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa termasuk insan yang paling rapat denganku,
Aku ini sebenarnya insan yang sentiasa berubah perasaan dan berubah emosi,
Maka bermulalah penceritaan kisah ku.


Dia,
Insan yang tidak begitu perfect,
Hanya biasa-biasa sahaja,
Tapi mungkin bagi aku dia insan yang luar biasa.


Bukan terlalu mengagungkan dia,
Tapi dia seorang yang menarik,
Biasa-biasa tapi menarik perhatian.
Apa sahaja yang dilakukannya amat pelik dan itu yang membuatkan ku merasa tertarik.


Tetapi walaupun begitu,
Aku tidak pernah menunjukkan perasaanku padanya,
Biar Allah sahaja yang tahu,
Nanti aku takut bila dia tahu dia akan menjauhiku.



Sejujurnya aku bukan lah seperti wanita lain,
Bila suka terus ungkapkan cinta.
Aku mendiamkan diri sahaja,
Biar jodoh dan waktu sahaja yang menyatukan kami.
Bila kami tidak bersatu dijinjang pelamin,
Mungin Allah mempertemukan dengan insan yang lebih soleh dan baik berbanding dirinya.


Sejujurnya aku tidak pernah pun bersua dan berborak dengannya,
Hanya melalui laman muka buku dan handphone sahaja kami bermula berkawan,
Tapi kebelakangan ini aku mungkin terlalu "rakus" sehingga dia seperti menjauh dariku,
Apakah aku ini murahan sehingga berani mengganggu hidupnya walaupun mungkin dia tidak punya apa-apa perasaan padaku??


Mungkin inilah saatnya aku hapuskan nombor telefonnya dan "deactive" kan semula laman muka buku ku,
Agar dapat menjaga ikhtilat dan menjauhi zina hati,
Ya Allah tolonglah hambamu ini mecari keredhaanMu,

Amin Ya Robbal Alamin~

Sunday, September 8, 2013

35 MOST POWERFUL MOTIVATIONAL QUOTES FOR STUDENTS


1.“Just know, when you truly want success, you’ll
never give up on it. No matter how bad the
situation may get.” – Unknown
2.. “Accept responsibility for your life. Know that it is you who will get you where you want to go, no
one else.” – Les Brown
3.. “I don’t regret the things I’ve done, I regret the things I didn’t do when I had the chance.” – Unknown
4.. “Challenges are what make life interesting and
overcoming them is what makes life meaningful.” – Joshua J. Marine
5.. “Its hard to wait around for something you know might never happen; but its harder to give up when you know its everything you want.” – Unknown
6.. “One of the most important keys to Success is
having the discipline to do what you know you
should do, even when you dont feel like doing it.”
- Unknown
7..“Good things come to those who wait… greater
things come to those who get off their ass and do
anything to make it happen.” – Unknown
8..“Happiness cannot be traveled to, owned, earned, or worn. It is the spiritual experience of livingevery minute with love, grace & gratitude.” – Denis Waitley
9.. “In order to succeed, your desire for success
should be greater than your fear of failure.” – Bill Cosby
10..“Go where you are celebrated – not tolerated. If they can’t see the real value of you, it’s time for a new start.” – Unknown
11..”Dont be afraid to stand for what you believe in, even if that means standing alone.. – Unknown
12.. “The best revenge is massive success.” – Frank Sinatra
13..“Forget all the reasons it won’t work and believe the one reason that it will.” – Unknown
14..“I am thankful for all of those who said NO to me. Its because of them I’m doing it myself.” – Albert Einstein
15..“The only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle.” – Steve Jobs
16..“Life is short, live it. Love is rare, grab it. Anger is bad, dump it. Fear is awful, face it. Memories are
sweet, cherish it.” – Unknown
17..“When you say “It’s hard”, it actually means “I’m not strong enough to fight for it”. Stop saying its hard. Think positive!” – Unknown
18.. “Life is like photography. You need the negatives to develop.” – Unknown
19..“Don’t worry about failures, worry about the
chances you miss when you don’t even try.” – Jack Canfield
20..“The pain you feel today is the strength you feel tomorrow. For every challenge encountered there is opportunity for growth.” – Unknown
21..“Build your own dreams, or someone else will hire you to build theirs.” – Farrah Gray
22..“The only thing that stands between you and your dream is the will to try and the belief that it is
actually possible.” – Joel Brown
23..“Self confidence is the most attractive quality a
person can have. how can anyone see how
awesome you are if you can’t see it yourself?” – Unknown
24.. “We learn something from everyone who passes through our lives.. Some lessons are painful, some are painless.. but, all are priceless.” – Unknown
25“Being happy doesn’t mean that everything is
perfect. it means that you’ve decided to look
beyond the imperfections.” – Unknown
26.. “Nobody ever wrote down a plan to be broke, fat, lazy, or stupid. Those things are what happen when you don’t have a plan.” – Larry Winget
27..“Three things you cannot recover in life: the WORD after it’s said, the MOMENT after it’s missed and the TIME after it’s gone. Be Careful!” – Unknown
28..“Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start from now and make a brand new ending.” – Carl Bard
29.. “When the past calls, let it go to voicemail, believe me, it has nothing new to say.” – Unknown
30 “Rule #1 of life. Do what makes YOU happy.” – Unknown “Walk away from anything or anyone who takes away from your joy. Life is too short to put up with fools.” – Unknown
31..“Love what you have. Need what you want. Accept what you receive. Give what you can. Always remember, what goes around, comes around…” – Unknwon
32.. “Just remember there is someone out there that is more than happy with less than what you have.” – Unknown
33.. “The biggest failure you can have in life is making the mistake of never trying at all.” – Unknown
34..“Life has two rules: #1 Never quit #2 Always
remember rule # 1.” – Unknown
35..“No one is going to hand me success. I must go out & get it myself. That’s why I’m here. To
dominate. To conquer. Both the world, and
myself.” – Unknown

WAJIB BACA TAU



Cara mudah mengesan SYAITAN (gred tinggi atau gred rendah) yang menyorok dalam jasad manusia yang selama ini hamba telitikan sendiri tanpa berpandukan mana-mana kitab adalah seperti berikut:
- lebam 
di betis & peha
- rasa lenguh dekat bahu

- rasa ngantuk semacam selepas Asar

- urat bergetar, kita toleh aje, dia berhenti

- menguap masa tunaikan solat (ketika Al-Fatihah)

- ekor mata selalu ada kelibat walaupun siang2 hari

- susah tidur malam, terus lena bila dah dekat2 subuh

 (senarai kat atas ialah jenis syaitan gred rendah yang tak      
  menampakkan diri)


NOTA:

    syaitan gred tinggi akan hamba berikan komen di bawah, anyway... syaitan jenis gred rendah ini lah yang lagi lama dia dalam badan kita, akan mendatangkan kanser, tak kisah lah kanser apa pun, jenis kanser pula bergantung kepada jenis syaitan apa dan di mana lokasi badan yang syaitan tu duk dalam badan kita, kanser stage 1 dan stage 2 MUSTAHIL dikesan oleh mana-mana tekonologi perubatan sebab itulah Rasululullah mengisyaratkan kita agar selalu bangkit malam agar segala penyakit zahir dan batin boleh dibuang. Masih ingat dengan kuliah matriks kita yang lepas mengenai 1 Hadis Rasulullah mengenai matriks di dalam matriks? Ya, nabi pesan pada kita syaitan boleh travel dalam jasad manusia dengan cara berenang2 dalam pembuluh urat darah kita (rujuk urat getar), maka nabi pesan pada kita, MAKA SEMPITKANLAH JALANNYA DENGAN CARA PUASA. 

        Sila semak kuliah matriks kita yang lepas. Ingat... kanser adalah berpunca dari pemeraman syaitan (gred rendah) dalam jangkamasa lama dalam jasad manusia, celaka datang dalam jangka masa lama, sebab tu kanser tak mungkin dikesan di peringkat awal. Berbeza dengan syaitan (gred tinggi), kesan kesakitan yang jasad manusia alami adalah INSTANT & SERTA MERTA. Contohnya "sihir". Syaitan yang dimaksudkan adalah dari alam 2D. Sedangkan manusia berada di alam 3D. 

          Sedangkan malaikat berada di alam 4D. Sebab itu mana-mana syaitan yang berusaha untuk menampakkan wajah mereka, tak pernah walau sekali pun kelihatan cantik, sebab frekuensi mereka dari alam 2D tak boleh matching dengan alam manusia yang bersifat 3D, kalau pun ia berupaya untuk menjadi wanita cantik atau lelaki hensem, ia hanya boleh bertahan beberapa jam sahaja, itu pun di waktu tanpa cahaya, sila ulangkaji kuliah matriks kita berkenaan Perang Badar bagaimana raja syaitan bernama IBLIS mampu menunjukkan diri di khalayak ramai DI WAKTU TENGAHARI di dalam perang siap menunggang kuda lagi... ini merupakan salah satu kategori GRED TINGGI, sedangkan Iblis sememangnya seorang yang berilmu. Sebab itulah malaikat dari alam 4D yang menjelmakan diri di alam manusia yang bersifat 3D sentiasa berseri2 kerana frekuensi & tenaga mereka mencukupi untuk synchronize dengan alam manusia, bahkan jasad mereka cantik2 dan segak lagi hensem. 

        Sila rujuk peristiwa 2 malaikat yang bertemu Nabi Ibrahim dan isterinya untuk mngkhabarkan berita kelahiran baby Ishak sebelum 2 malaikat ini terbang ke Nabi Luth untuk membawa bala, perhatikan bagaimana respon jiran2 Nabi Luth terhadap 2 malaikat ni, mereka sendiri bilang 2 malaikat ni adalah tetamu yang luar biasa, dan hensem lagi segak. Kalau orang2 GAY pun boleh mendakwa malaikat yang menjelma jadi manusia itu pun sudah sesempurna ini, maka terbukti sudahlah ilmu ini. Untuk memahami ilmu ini, sila selak perlahan2 dalam kuliah matriks kita mengenai matriks di dalam darah, dan perihal lebuhraya maklumat yang boleh dicuri syaitan ketika mereka di dalam badan kita. Untuk makluman kamu semua, beza syaitan (jin kafir) dan jin islam ialah SYAITAN hanya memakai selipar di sebelah kiri sahaja, diorang ni tak pakai selipar serentak.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. :) :)


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

Saturday, September 7, 2013

Ayat Cinta Sang Adam buat Hawa

Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji
Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaan-Mu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh, dihina.. sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini

Cinta..
Percayalah, andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa, seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku  ingin menimba ilmu Ilahi
Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi…

Kebahagiaan dalam pencarian


“Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
“Pernah lah,” jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”
“Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” jawab saya.
“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa sah!
Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, “terserah pada Allah, moga inilah jodohku..”
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu…
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya… insyaAllah! <3

Cinta? Ku diamkan sahaja


Cinta.. seperti tiada lagi yang hendak difikirkan selain itu..
             Cinta.. satu kata yang begitu bererti buat diriku..
Hati berbisik.. biarlah hati ini sahaja yang tahu.. Tidak perlulah dihebohkan ada sesiapa kerana hanya hati ini sahaja yang memahami. Dia yang jauh nun disana.. hanya doa sahaja yang mampu ku hadiahkan. Agar dirimu sentiasa dekat dengan pencipta..

            Memang tidak dapat dinafikan bahawa cinta itu fitrah dan normal. Agama juga tidak melarang perasaan itu kerana ianya fitrah. Cuma fitrah itu jangan dijadikan fitnah. Ada batasnya.. Jangan sampai memudaratkan.

           Ntahlah... Hanya Allah sahaja yang memahami perasaan ini... Ada dua insan yang bertakhta dihati. Akan ku cuba jaga hatiku agar Allah menjaga perasaan ini daripada melarat . Insan itu berad jauh dari pandanganku. Insn sorang pula hanya berada dihadapanku sahaja. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Mungkin bukan waktunya lagi untuk aku memikirkan soal siapa yang menjadi teman hidupku dan ayah kepada anakku suatu saat nanti. Tapi aku hanya ingin meluahkan isi hatiku. Mungkin hanya aku dan Allah sahaja yang memahaminya.

         Dia yang nun jauh disana,aku tidak pernah bertegur dengannya. Dulu aku selalu melihat insan itu bersama teman-temannya. Tapi tidak lagi hari ini. Mungkin perasaan ku ini pun dia tidak pernah tahu.. Argh!!! Inginku tepis perasaan ini,tapi fitrah ini tidak dapat ku halang. Tapi akan ku cuba untuk tidak menjadikan ia fitnah buat diriku. Erm sebenarnya aku tidak pernah bertegur dengannya. Bukan satu sekolah pun. Rapat pun hanya bermula dari laman maya. Mungkin ada yang yang akan kata perasaan tu sekejap sahaja. Mungkinlah kerana aku bukanlah seorang yang terlalu fokus pada percintaan.  HAHA.. tak fokuslah sangat.

        Sorang yang depan mata aku nie plak, memang konpom sangatlah x pernah bertegur pun. Apalagi tersenyum. Cukup saling mengenali isi hati masing-masing. Astaghfirullah. Semoga Allah menjaga hati ini. Ayahku pun sudah merestui. Tapi mungkin terlalu awal. Dia memang seorang yang baik. Tetapi masih belum cukup untuk menjadi bakal imamku. Sifatnya mungkin sosial sedikit. Tetapi masih solat. Erh!! Lain macam kan>> Tulah yang aku risaukan selalu. Kenapa perlu aku menyukai insan sepertinya. Tapi tidak ada manusia yang sempurna kecuali yang ma'sum iaitu nabi sendiri.

      Sebenarnya aku tidak mengharapkan yang lebih. Untuk pengetahuan. Aku tidak bercouple ok!! Cuma dalam hati ini memendam perasaan pada makhluk Allah yang mungkin suatu hari nanti menjadi penyeri hidupku. InsyaAllah amin~

      Tapi aku akan sedaya upaya untuk melupakan perasaan yang sia-sia ini. Mungkin nanti bila pergi jauh lagi. Ada yang lebih sesuai. Mungkin aku hanya patut fokus pada exam last semester nie. heheh Doakan kejayaan ku yaa.. Assalamualaikum. Hari lain akan aku coretkan lagi kisah hidupku di laman ini. ILLA MARDHOTILLAH.. :) :)